China Tambahkan Keresahan Terhadap Outlook Ekonomi Global

China Tambahkan Keresahan Terhadap Outlook Ekonomi Global

China telah mengeluarkan lebih banyak isyarat kelemahan terhadap ekonomi mereka menerusi data perdagangan bagi bulan Februari yang dikeluarkan hari i

China telah mengeluarkan lebih banyak isyarat kelemahan terhadap ekonomi mereka menerusi data perdagangan bagi bulan Februari yang dikeluarkan hari ini.

Hasil eksport jatuh paling banyak dalam tempoh tiga tahun sementara hasil import susut untuk tiga bulan berturut-turut.

Data ini menambahkan lagi kebimbangan pasaran terhadap outlook ekonomi global apbila China telah memotong unjuran pertumbuhan mereka bagi tahun 2019 daripada 6.6% (di tahun 2018) kepada julat 6 – 6.5%

Perkembangan rundingan perdagangan pula tidak begitu menggalakkan berikutan tarikh persidangan antara Trump dan Xi Jinping yang dijadualkan pada akhir bulan ini terpaksa ditangguhkan.

Penangguhan ini berlaku disebabkan oleh kedua-dua tidak yakin akan mencapai kesepakatan pada syarat perjanjian yang dikemukakan.

Kebimbangan ke atas data dagangan China sekali lagi mendorong penurunan pasaran saham pada hari Jumaat denganShanghai Composite China susut -4.4% sementara Nikkei Jepun jatuh -2%

Sentimen pelabur Eropah pula tertekan dengan kelemahan aktiviti ekonomi di Jerman dengan pesanan kilang susut diluar jangkaan sebanyak -2.6%, sekali gus menyebabkan penurunan indeks saham Eropah.

Futures AS juga menunjukkan pembukaan yang lebih rendah menjelang laporan sektor pekerjaan AS yang akan dikeluarkan pada jam 9.30 malam.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: