Christopher Kent? Siapakah Beliau? Aussie Melemah Kerana Komen Beliau?

Christopher Kent? Siapakah Beliau? Aussie Melemah Kerana Komen Beliau?

Awal pagi tadi jam 6.30 waktu Malaysia, Aussie melemah dan hampir memadamkan momentum mengukuh ketika diniagakan dalam pasaran US semalam. AUDUSD dibu

Awal pagi tadi jam 6.30 waktu Malaysia, Aussie melemah dan hampir memadamkan momentum mengukuh ketika diniagakan dalam pasaran US semalam. AUDUSD dibuka hari ini pada paras 0.75645 dan menyusut kepada harga terendah harian 0.75059. Pasangan mata wang jiran Aussie juga bergerak turun bersama dengan harga terendah harian 0.73051.

 

Mengapa Aussie turun? Ini mungkin disebabkan komen-komen orang kedua Reserve Bank Australia, RBA, Christopher Kent dalam rancangan Bloomberg Breakfast di Sydney terhadap pasaran mata wang. Kent menggambarkan terdapat keperluan nilai Dolar Australia yang lebih rendah. Walaupun data berkala Pengeluaran Perindustrian Y/Y dari China positif, ianya belum mampu memacu Dolar Aussie ini ke dalam momentum positif semula.

 

Data berkala Pengeluaran Perindustrian Y/Y dari China pagi tadi mencatatkan bacaan 6.3% berbanding data terdahulu 6.0% serta pakar ekonomi mengunjurkan angka 6.2%. Selain data Pengeluaran Perindustrian, data Pelaburan aset tetap juga dibentangkan lebih baik daripada jangkaan bersama data berkala jualan runcit yang sangat baik.

 

Secara amnya reaksi terhadap nilai Dolar Aussie oleh Kent ini berkemungkinan tidak mahukan Ekonomi Aussie akan kerugian dalam tukaran mata wang asing dalam proses import masuk ke dalam Australia. Selain RBA yang mahukan nilai Dolarnya lebih rendah, Perdana Menteri Jepun, Abe juga mahukan nilai Yen yang lebih rendah.

 

Wallahualam…

 

Mohd Fahmi Amdan

 

Penafian: Ini hanyalah pendapat penulis. Ianya tidak menggambarkan pendapat umum dan tidak akan menggambarkan harga di masa akan datang. Semua harga mata wang diambil di XM mt4

 

ctc-news

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: