CIMB Tutup Pejabat Perwakilan India Di Mumbai

CIMB Tutup Pejabat Perwakilan India Di Mumbai

Pejabat Perwakilan CIMB Group Holdings Bhd di Mumbai, India, telah menyelesaikan proses penutupannya, berkuat kuasa 11 Ogos. Penutupan ini dibuat

Pejabat Perwakilan CIMB Group Holdings Bhd di Mumbai, India, telah menyelesaikan proses penutupannya, berkuat kuasa 11 Ogos.

Penutupan ini dibuat mengikuti kelulusan Bank Pusat India pada tarikh yang sama dan Pendaftar Syarikat India telah menyetujui penutupan tersebut pada 5 Mac, menurut pemfailan Bursa oleh CIMB pada 12 Ogos.

Walau bagaimanapun, CIMB mengatakan bahawa mereka akan mengekalkan keberadaan di India menerusi
CGS-CIMB Securities, sebuah usaha sama dengan China Galaxy International Financial Holdings Pte Ltd.

Dua minggu yang lalu, akhbar India Economic Times melaporkan bahawa CGS-CIMB mungkin akan mengecilkan kewujudannya di sana.

Memetik sumber yang sama, Davesh Kumar, ketua CGS-CIMB di India dilaporkan telah berbincang bersama syarikat broker untuk mengambil alih institut perniagaan mereka.

“Sekiranya perjanjian dapat dicapai, Kumar dijangka memiliki syarikat tersebut menerusi entiti milik beliau – Earnest Innovation Partners,” lapor India Economic Times.

Pada akhir dagangan sesi Asia yang lalu, saham CIMB berada pada RM3.54 sesaham, naik 10 sen, dengan 11.4 juta saham telah diniagakan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: