panic-buy-uk

Citibank: Inflasi UK Dijangka Memuncak 18 Peratus Pada Awal 2023

Inflasi harga pengguna Britain dijangka memuncak pada 18 peratus pada awal 2023, iaitu paras yang tidak pernah dilihat sejak 1976, sembilan kali ganda daripada sasaran Bank Pusat England (BOE), kata seorang pakar ekonomi di Citibank AS hari ini.

“Persoalannya sekarang ialah apakah yang perlu dasar lakukan untuk mengimbangi kesan ke atas kedua-dua inflasi dan ekonomi sebenar,” kata Benjamin Nabarro dalam nota kepada pelanggan.

Pendahulu yang bakal menjadi perdana menteri Britain seterusnya, Liz Truss, mungkin akan membuat satu dasar untuk menyokong isi rumah yang hanya mempunyai kesan terhad dalam mengimbangi inflasi utama, kata Nabarro.

Dengan inflasi kini dijangka memuncak dengan lebih tinggi daripada sasaran 13 peratus BOE pada Ogos, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) berkemungkinan akan menyimpulkan bahawa risiko inflasi yang berterusan kian meningkat, kata nota itu.

“Sekiranya lebih banyak tanda-tanda akan munculnya inflasi, kami berpendapat kadar faedah 6-7 peratus diperlukan untuk mengawal dinamik inflasi,” jelas Nabarro.

“Buat masa ini, kami terus berpendapat bukti untuk kesan sedemikian adalah terhad dengan peningkatan dalam pengangguran masih berkemungkinan besar membenarkan MPC berhenti seketika sepanjang tahun ini,” tambahnya.

BoE mengumumkan kenaikan kadar faedah 50 mata asas awal bulan ini dan para pelabur menjangkakan satu lagi langkah besar akan diumumkan dalam keputusan dasar monetari seterusnya 15 September ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *