Coronavirus Meletakkan Permintaan Minyak Dalam Risiko

Coronavirus Meletakkan Permintaan Minyak Dalam Risiko

Ahli OPEC sedang mempertimbangkan untuk mengadakan satu pertemuan tergempar pada bulan hadapan berikutan harga minyak semakin menyusut akibat kebimba

Ahli OPEC sedang mempertimbangkan untuk mengadakan satu pertemuan tergempar pada bulan hadapan berikutan harga minyak semakin menyusut akibat kebimbangan terhadap wabak coronavirus yang berpotensi melemahkan permintaan.

Menteri Tenaga Alegria Mohamed Arkab berkata pertemuan antara negara pengeluar yang dijadualkan pada 5 dan 6 Mac dijangka akan dijalankan lebih awal pada bulan Februari.

Beliau juga menyebutkan keputusan terhadap isu tersebut dijangka akan diumumkan dalam beberapa hari lagi.

Pertemuan tersebut adalah bertujuan bagi membincangkan mengenai perjanjian pemotongan bekalan minyak yang bakal tamat pada akhir Mac hadapan.

Berdasarkan sumber Bloomberg, sebuah delegasi yang dirahsiakan mengatakan bahawa OPEC kini di dalam usaha mempercepatkan pertemuan seawal minggu hadapan.

Menurut delegasi yang berbeza, rundingan masih berjalan secara tidak rasmi dan mereka tidak menyedari bahawa perbincangan tersebut akan membawa kepada penetapan tarikh mesyuarat seterusnya.

Wabak Coronavirus yang dikesan sejak 30 Disember di Wuhan telah menyebabkan kematian sehingga 170 orang dan 7,800 kes jangkitan telah dikesan.

Penerbangan ke China diseluruh dunia terpaksa dihentikan dan potensi kelumpuhan ekonomi telah melemahkan permintaan dan menyusutkan harga minyak, sekali gus menambah tekanan kepada OPEC dan sekutunya untuk terus menghadkan pengeluaran mereka.

Arab Saudi sebagai pengeluar terbesar OPEC mengatakan bahawa pihak mereka akan terus memantau impak virus ke atas pasaran minyak.

Harga minyak Brent telah jatuh lebih 10% pada bulan ini walaupun dengan gangguan geopolitik di Iran dan Libya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: