crypto-com

Crypto.com Umum Pembuangan Kedua, Kurangkan 20 Peratus Tenaga Kerja

Crypto.com hari ini berkata ia akan mengurangkan kira-kira 20 peratus daripada tenaga kerjanya berikutan cabaran yang dihadapi oleh seluruh industri pertukaran mata wang kripto susulan kejatuhan FTX tahun lepas.

Pengumuman syarikat yang berpangkalan di Singapura itu dibuat di tengah-tengah kebimbangan mengenai simpanan dan kemampuan bayar merentas sektor.

Hal ini juga dikeluarkan beberapa hari selepas bursa saingan Coinbase Global Inc dan Huobi mengumumkan rancangan mereka untuk memberhentikan kira-kira 20 peratus kakitangan mereka.

Reuters pada minggu lalu juga melaporkan bahawa Genesis turut memotong 30 peratus tenaga kerjanya.

Pemberhentian di Crypto.com akan menjadi yang kedua dalam tempoh kurang daripada enam bulan, selepas ia mengecilkan pekerjaan pada Julai tahun lalu bagi mengharungi kemelesetan ekonomi makro di tengah-tengah kenaikan kadar faedah.

CEO Crypto.com, Kris Marszalek dalam satu kenyataan menyalahkan keruntuhan FTX sebagai punca “”merosakkan kepercayaan dalam industri dengan ketara.”

“Atas sebab ini, ketika kami terus memberi tumpuan kepada pengurusan kewangan yang berhemat, kami terpaksa membuat keputusan yang sukar tetapi perlu dalam mengurangkan pekerja supaya dapat meletakkan syarikat untuk kejayaan jangka panjang.”

Keruntuhan FTX Sam Bankman-Fried adalah yang terbesar dalam rentetan kegagalan besar berkaitan kripto pada tahun 2022.

Ia telah mencetuskan keruntuhan mata wang kripto dan telah menyebabkan sekitar 1 juta pemiutang menghadapi kerugian berbilion dolar.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *