Cukai ‘Hartanah Perniagaan Paling Berharga’ Di UK Berpotensi Dinaikkan – Telegraph

Cukai ‘Hartanah Perniagaan Paling Berharga’ Di UK Berpotensi Dinaikkan – Telegraph

Setiausaha Perbendaharaan atau Menteri Kewangan UK, Rishi Sunak sedang mempertimbangkan kenaikan cukai hartanah perniagaan. Kenyataan ini mengikut

Setiausaha Perbendaharaan atau Menteri Kewangan UK, Rishi Sunak sedang mempertimbangkan kenaikan cukai hartanah perniagaan.

Kenyataan ini mengikuti laporan yang disampaikan pada awal tahun di mana beliau mencadangkan pengecualian sementara cukai bagi kediaman kos rendah dalam belanjawan musim luruh.

Para pegawai Perbendaharaan kini sedang berusaha untuk menaikkan tahap di mana pembeli rumah akan mula membayar duti setem.

Pada masa ini, pungutan cukai tidak dikenakan bagi harga jualan rumah pertama yang bernilai £125,000, 2% bagi harga sehingga £250,000 dan 5% bagi rumah yang berharga melebihi £675,000.

Namun tahap permulaan terbaru yang mana akan dilaksanakan selama enam bulan bagi merangsang permintaan, berkemungkinan akan ditetapkan di antara £300,000 hingga £500,000.

Jerry Schurder, ketua cukai hartanah perniagaan di syarikat Perundingan Gerald Eve walau bagaimanapun mengkritik cadangan ini.

Beliau mengatakan, “Sesuatu yang sukar dipercayai, mempertimbangkan aduan utama mengenai cukai perniagaan adalah ianya terlalu tinggi.”

Schurder menganggap cadangan ini ‘menjijikkan’ dan menjelaskan antara ketegori ‘hartanah paling berharga’ merangkumi kedai-kedai besar, pasar raya, pejabat, hotel dan pawagam.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: