Euro terus didagang tinggi pada hari Isnin, didorong oleh kehadiran risk appetite pelabur apabila keadaan ekonomi AS dilihat semakin mengukuh menutup
Euro terus didagang tinggi pada hari Isnin, didorong oleh kehadiran risk appetite pelabur apabila keadaan ekonomi AS dilihat semakin mengukuh menutup kelemahan hubungan perdagangan AS dengan negara serantau yang masih di dalam perbincangan.
EUR/USD kini didagang pada harga 1.1734, naik 0.58% atau 68 pips setakat jam 8.35 malam.
Seperti yang dimaklumkan pada artikel lalu, sentimen matawang euro mula ditekan oleh kebimbangan pasaran terhadap krisis politik Itali. Namun hal ini semakin reda apabila kerajaan campuran dijangka akan terbentuk, sekaligus menafikan risiko berlakunya pilihan raya semula yang boleh memberi peluang kepada Itali keluar daripada zon Eropah.
Selain itu, pelabur juga ketepikan isu potensi perang perdangangan apabila sentimen pasaran semakin pulih dengan data pekerjaan AS yang lebih positif pada hari Jumaat yang lepas.
Pertumbuhan pekerjaan dan pendapatan AS kekal dengan upward momentum di bulan Mei, dan mengukuhkan lagi jangkaan untuk rate hike dilaksanakan pada bulan Jun dan juga meningkatkan lagi ramalan untuk melihat rate hike diumumkan sebanyak empat kali pada tahun ini.
Pada akhir minggu lalu, isu hubungan perdagangan AS kembali hangat diperdebatkan pada pertemuan negara G7 di Kanada apabila kesemua menteri kewangan yang hadir mengkritik cadangan tariff import keluli dan aluminium AS
Pada masa yang sama, rundingan perdagangan antara AS dan China pula berakhir tanpa sebarang perjanjian yang baru dan meningkatkan risiko terbatalnya kesemua rundingan ekonomi dan perdagangan yang telah dicapai kedua-dua negara sebelum ini.
Perubahan risiko telah menaikkan saham pada ketiga-tiga sesi pasaran dan menekan indeks USD yang mengukur kekuatan greenback ke paras 93.77, susut -0.41%
COMMENTS