Dapatkah Indeks USD Naik Menembusi 100 Mata?

Dapatkah Indeks USD Naik Menembusi 100 Mata?

Kekecewaan data PMI AS bulan Februari yang dikeluarkan pada hari Jumaat yang lepas telah menyebabkan indeks USD jatuh mendadak, namun masih mengekalk

Kekecewaan data PMI AS bulan Februari yang dikeluarkan pada hari Jumaat yang lepas telah menyebabkan indeks USD jatuh mendadak, namun masih mengekalkan peningkatan lebih 2% berbanding enam matawang utama yang lain sepanjang bulan ini.

Pengukuhan indeks melebihi paras 99.0 mata pada minggu lepas didorong oleh kedudukan ekonomi AS yang dilihat lebih bertahan daripada impak coronavirus berbanding negara-negara maju yang lain, menjadikan dolar AS sebagai pilihan matawang paling selamat ketika ini.

Pandangan ini juga diperkuatkan oleh kenyataan ahli FOMC menerusi minit mesyuarat Fed akhir Januari yang lalu yang mengisyaratkan bahawa coronavirus tidak akan memaksa Fed mengubah pendirian mereka dengan memperkenalkan kadar faedah yang lebih rendah.

Selain itu, Presiden AS Donal Trump pada hari Ahad berkata “Di AS, coronavirus masih di bawah kawalan”. Beliau turut mengulangi pandangan bahawa Presiden China Xi Jinping telah bertindak dengan baik bagi menangani wabak tersebut.

Di tambah dengan outlook ekonomi euro dan Jepun yang melemah akibat jangkitan virus Wuhan, menyusutnya permintaan matawang euro dan yen juga dijangka akan terus mendorong peningkatan indeks USD pada minggu ini.

Penganalisis ING didalam notanya berkata “Selepas meneliti kesemua perkara, pertimbangan kami bahawa dolar AS sekurang-kurangya akan terus mengekalkan kekuatannya. Pada tahap ini, kami jangkakan peningkatan DXY melebihi 100 mata hanya menunggu masa”.

Fokus pasaran pada minggu ini tertumpu kepada barisan ulasan presiden-presiden cawangan Fed berkenaan kesan coronavirus. Di samping itu, indeks keyakinan pengguna AS pada hari Selasa juga akan diteliti bagi menilai apakah wabak virus global telah menekan sentimen.

Data pesanan barang tahan lama pada hari Khamis pula dijangka merosot akibat kelembapan output kilang di Asia dan terhentinya pengeluaran Boeing 737 Max pada pertengahan Januari lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: