Dapatkah Zon Support Utama 108.00 USD/JPY Ditembusi?

Dapatkah Zon Support Utama 108.00 USD/JPY Ditembusi?

Permintaan safe haven Yen mendapat sambutan pada hari Isnin dan kini menarik USD/JPY ke paras terendah harian dengan menjadikan pergerakan hasil bon

Permintaan safe haven Yen mendapat sambutan pada hari Isnin dan kini menarik USD/JPY ke paras terendah harian dengan menjadikan pergerakan hasil bon AS sebagai panduan.

USD/JPY kini turun menguji support utama di paras 108, seiring dengan kejatuhan hasil bon AS sementara saham Wall Street pula dibuka rendah akibat risk-off sentimen.

Hasil bon 10-tahun AS walaupun dilihat telah menemui support di paras 2.66%, namun jurang (gap) pembukaan ke paras yang lebih rendah mengekalkan kedudukan hasil bon di zon negatif.

Selain itu, sentimen pasaran global berubah sejak sesi pembukaan pasaran Asia selepas China melaporkan kejatuhan terburuk hasil import dan eksport mereka pada bulan Disember yang lalu.

Data ini sekali gus menambahkan lagi jangkaan bahawa ekonomi di peringkat domestik akan bergerak lebih peralahan.

USD/JPY telah menyentuh harga 108 dan kini masih didagang berhampiran paras terendah di paras 108.25 setakat jam 11.25 malam.

Secara teknikal, jika support di paras 108.00 (S1) berjaya ditembusi, harga berpotensi jatuh ke paras 107.70 (S2) sebelum menguji paras 107.50 (S2).

Breakout di atas resistance 108.50 (R1) pula akan membuka pintu kepada USD/JPY untuk terus naik menguji paras 109.10 (R2) dan 110.25 (R3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: