Data Baharu Beri Isyarat Bahawa Fed Akan Kecilkan Rangsangan Lebih Pantas

Data Baharu Beri Isyarat Bahawa Fed Akan Kecilkan Rangsangan Lebih Pantas

Penurunan tuntuan insurans pengangguran ke paras terendah lima dekad, termasuk peningkatan pendapatan dan perbelanjaan pengguna telah meningkatkan ke

Penurunan tuntuan insurans pengangguran ke paras terendah lima dekad, termasuk peningkatan pendapatan dan perbelanjaan pengguna telah meningkatkan keyakinan bahawa pemulihan di AS berada di atas landasan yang tepat.

Bagaimanapun, angka-angka tersebut turut menambah tekanan ke atas bank pusat untuk segera bertindak bagi mengelak daripada berlakunya overheating, iaitu pertumbuhan yang terlalu tinggi tetapi bukan dari hasil domestik.

Data itu juga diterbitkan selepas mesyuarat dasar Fed pada November lalu menunjukkan ahli-ahli FOMC kini sedang bergerak ke arah mengecil dan menamatkan prgoram pembelian bon pada kadar yang lebih cepat.

Minit mesyuarat menujukkan bahawa ahli lembaga bank pusat bersedia untuk “menaikkan julat kadar faedah lebih cepat daripada jangkaan jika peningkatan inflasi terus bergerak secara konsisten melebihi objektif bank pusat”.

Sementara itu, Presiden Fed San Francisco Mary Daly yang kebiasaannya sangat dovish turut menyuarakan pandangan yang sama, iaitu ingin melihat rangsangan di kurangkan pada kadar yang lebih pantas.

Lonjakan inflasi di seluruh dunia telah menyebabkan beberapa bank pusat mula mengetatkan dasar yang telah digunakan pada permulaan wabak sehingga menjadi pemacu utama pemulihan global.

Malah rangsangan dan dasar yang longgar itu turut mendorong pasaran saham mencatat rekod tertinggi baharu.

Data terkini AS yang kukuh “tidak memberi gambaran penuh kepada ekonomi tentang bentuk sokongan yang telah diberikan oleh Fed pada masa ini dan menambah kebimbangan bahawa Fed kini berada di belakang lengkungan jika dikaitkan dengan dasar monetari”, kata Michael Hewson dari CMC Markets.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: