Data CPI UK Lemah, Fokus Terumpu Kepada Persidangan Brexit, Apakah GBP Akan Terus Dikecewakan?

Data CPI UK Lemah, Fokus Terumpu Kepada Persidangan Brexit, Apakah GBP Akan Terus Dikecewakan?

GBP/USD bergerak menuju ke paras yang lebih rendah, turun lebih 50 pips dan kini didagang sekitar 1.3145 selepas bacaan CPI UK merosot lebih rendah da

GBP/USD bergerak menuju ke paras yang lebih rendah, turun lebih 50 pips dan kini didagang sekitar 1.3145 selepas bacaan CPI UK merosot lebih rendah daripada jangkaan.

Kadar tekanan harga pengguna bergerak lebih peralahan pada bulan September, mencatak peningkatan 0.1% (MoM) sementara kadar dari tahun ke tahun (YoY) jatuh daripada 2.7% kepada 2.4%.

Fokus pelabur GBP kini beralih kepada persidangan Brexit di Brussel yang akan bermula pada hari ini.

Persidangan ini penting dalam memutuskan sama ada Brexit pelan ‘backstop’ perlu digunakan atau sebaliknya.

Ketua-ketua EU akan berbincang bersama PM UK Theresa May di dalam satu majlis makan malam berkenaan syarat-syarat rundingan baru yang telah diluluskan.

Menilai kepada beberapa kenyataan umum daripada para pegawai EU, perjanjian akhir mungkin tidak dapat diumumkan pada persidangan hari ini.

Menteri Luar Irisih, Simon Coveney berkata, “pelabur tidak sepatutnya panik jika tiada perjanjian disepakati pada minggu ini”.

Selain itu, Presiden EU Donald Tusk juga berkata potensi untuk melihat ‘no deal’ lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Pound terus bergerak dengan dorongan perkembangan Brexit. Walaupun bermula rendah pada minggu ini, namun telah dengan pelbagai spekulasi, pound berjaya menutup gap pada hari Isnin dan melonjak hampir 150 pips sehingga paras 1.3234 berbanding USD.

Kemudian, dengan kemungkinan ‘no deal’ akan diumumkan, jika perkara ini benar-benar berlaku, retracement GBP/USD akan mencari harga-harga yang lebih rendah.

Secara teknikal, 1.3200 (R1) menjadi resistance terhampir, kemudian di paras 1.3240 (R2) dan 1.3260 (R3).

1.3120 (S1) pula menjadi support terdekat dan diikuti 1.3180 (S2) dan 1.3140 (S3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: