Data-Data AS Yang Lebih Baik Tingkatkan Optimis Pasaran, Adakah Fed Akan Terus ‘Bersabar’?

Data-Data AS Yang Lebih Baik Tingkatkan Optimis Pasaran, Adakah Fed Akan Terus ‘Bersabar’?

Dollar AS didagang tinggi berbanding matawang utama yang lain pada minggu lalu, didorong kuat oleh data AS yang kukuh dan peningkatan nilai pasaran s

Dollar AS didagang tinggi berbanding matawang utama yang lain pada minggu lalu, didorong kuat oleh data AS yang kukuh dan peningkatan nilai pasaran saham.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain naik 0.65% daripada 97.38 kepada 98.04 mata sepanjang minggu lepas.

Para pelabur tertarik dengan pergerakan pasaran ekuiti AS yang telah mencatat rekod yang baru dan keyakinan mereka dipandu oleh data-data yang lebih baik dan juga kadar faedah yang rendah.

Berdasarkan laporan GDP Q1 AS pada hari Jumaat lalu, ekonomi AS telah berkembang 3.2% pada suku tahun pertama yang mana lebih baik daripada jangkaan pasaran.

Selain itu, perbelanjaan pengguna menerusi data jualan runcit juga menunjukkan peningkatan pada bulan Mac, sekali gus menghampuskan keraguan pelabur terhadap isu pertumbuhan harga yang perlahan sehingga mampu menekan optimis bank pusat.

Mesyuarat FOMC pada hari Rabu minggu ini menjadi tumpuan utama. Ahli ekonomi masih belum dapat memastikan sama ada Fed akan mengakui apakah kemajuan data-data terkini mengisyaratkan bahawa kelembapan hanya bersifat sementara atau tetap diketepikan akibat inflasi yang rendah serta pertumbuhan global yang tidak stabil.

Berdasarkan pergerakan harga pada hari Jumaat lalu, para pelabur menjangkakan akan berlaku perubahan pada masa yang terdekat.

Apabila Fed bertemu pada bulan Mac yang lalu, dollar jatuh mendadak selepas unjuran dot-plot baru diumumkan dan majoriti ahli FOMC tidak lagi berpandangan perlunya kepada rate hike tahun ini.

Pada waktu yang sama, Pengerusi Fed Jerome Powell juga berkata ekonomi masih baik, namun rundingan perdagangan, Brexit, tarif EU, dua defisit besar dan pertumbuhan globla yang lemah menimbulkan risiko-risiko yang membahayakan.

Sehingga ketidaktentuan di atas dapat dikeluarkan, Powell mengatakan “adalah waktu yang terbaik untuk Fed bersabar dengan menunggu dan lihat”.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: