Data Inflasi AS Yang Buruk, Kukuhkan Jangkaan ‘Rate Hike’ Yang Lebih Agresif Pada Minggu Ini

Data Inflasi AS Yang Buruk, Kukuhkan Jangkaan ‘Rate Hike’ Yang Lebih Agresif Pada Minggu Ini

Federal Reserve berpotensi menaikkan kadar faedah dengan julat yang lebih besar pada minggu ini susulan data terkini memberi gambaran inflasi AS yang

Federal Reserve berpotensi menaikkan kadar faedah dengan julat yang lebih besar pada minggu ini susulan data terkini memberi gambaran inflasi AS yang membimbangkan.

Selain itu, lonjakan harga yang telah menolak inflasi ke paras tertinggi 40 tahun sehingga membebankan pengguna dan peniaga dilihat telah mengesahkan keperluan untuk bank pusat terus bertindak secara agresif.

Peningkatan harga itu berlaku walaupun harga petrol di stesen-stesen minyak telah menurun beberapa minggu yang lalu.

Malah, inflasi asas yang mengeluarkan harga bervolatiliti tinggi seperti makanan dan tenaga dikeluarkan juga terus berkembang.

Laporan harga pengguna bulan Ogos yang mengecewakan pada minggu lalu menunjukkan kos bagi perumahan, makanan dan perubatan terus meningkat.

Permintaan yang semakin meningkat selepas ekonomi terbesar itu keluar daripada pandemik, serta gangguan rantaian bekalan dunia dilihat menjadi faktor kepada lonjakan tersebut.

Situasi itu juga diburukkan dengan penutupan Covid di China serta lonjakan harga tenaga dan makanan akibat perang di Rusia di Ukraine.

Para penggubal dasar kini bukan sahaja bimbang dengan tekanan inflasi semasa yang terlalu tinggi, akan tetapi turut bimbang jika peningkatan harga ini menjadi satu perkara yang tetap.

Fenomena yang dikenali dengan stagfilasi itu dilihat semakin memaksa ahli-ahli FOMC untuk segera menaikkan kadar faedah dengan jumlah yang lebih besar.

Fed telah menaikkan kadar faedah sebanyak empat kali pada tahun ini dengan peningkatan 0.75 peratus dua kali berturut-turut pada Jun dan Julai.

Kesannya, kadar faedah pinjaman perumahan di AS kini telah naik enam peratus buat pertama kali sejak 2008.

‘Rate hike’ terbesar yang ketiga dijangka akan diumumkan pada penutupan mesyuarat dua hari Fed minggu ini.

Namun begitu, kebimbangan kini semakin meningkat apakah tindakan agresif itu mampu menyebabkan ekonomi AS ke dalam kemelesetan sehingga memberi kesan ke seluruh dunia.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: