Data Jualan Runcit AS Kembalikan Kekuatan Fundamental Dollar Di Saat Akhir, Indeks USD Melonjak Hampir 100 Mata Asas Pada Minggu Lalu.

Data Jualan Runcit AS Kembalikan Kekuatan Fundamental Dollar Di Saat Akhir, Indeks USD Melonjak Hampir 100 Mata Asas Pada Minggu Lalu.

Kelemahan data-data terkini daripada China, ketidakstabilan politik di UK dan ketegangan di Timur Tengah telah memicu kembali mood risk-off di dalam

Kelemahan data-data terkini daripada China, ketidakstabilan politik di UK dan ketegangan di Timur Tengah telah memicu kembali mood risk-off di dalam pasaran sejak hari Rabu yang lalu.

Hal ini kerana faktor-faktor di atas meningkatkan lagi kebimbangan pelabur terhadap kelemahan outlook pertumbuhan yang akan ditekan oleh aktiviti ekonomi dan permintaan yang perlahan.

Perubahan mendadak keinginan risiko turut meningkatkan aliran masuk matawang safe have dengan dollar menjadi salah satu pilihan utama walaupun tidak mendapat sokongan yang kukuh daripada sudut fundamental.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback pada hari Rabu yang lalu bukan sahaja keluar daripada paras terendah 96.58 mata, malah mengekalkan peningkatan tiga hari berturut-turut dan tutup sekitar paras 97.45 mata.

Data Jualan Runcit AS menjadi laporan yang menambahkan lagi kekuatan bullish kepada dollar di saat akhir.

Kadar jualan pada bulan Mei hanya meningkat pada kadar yang sederhana sekitar 0.5% (MoM), namun begitu alasan utama yang mendorong lonjakan USD adalah angka kaji semula bulan April yang bertukar positif.

Bacaan ini menunjukkan aktiviti di peringkat pengguna adalah lebih baik berbanding apa yang telah dilaporkan sebelum ini.

Dan dalam keadaan pasaran telah bersiap sedia menghadapi keputusan yang lebih buruk, angka tersebut bukan sahaja melegakan malah mengurangkan kebimbangan pelabur terhadap outlook Fed yang berkemungkinan akan lebih dovish menjelang mesyuarat dasar minggu ini akibat perkembangan sektor pekerjaan yang mengecewakan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: