Data Pekerjaan AS Bulan September Bercampur, Namun Secara Relatif Masih Kukuh

Data Pekerjaan AS Bulan September Bercampur, Namun Secara Relatif Masih Kukuh

Perkembangan pasaran buruh AS bagi bulan September memaparkan laporan yang bercampur, namun tidak seburuk yang dijangkakan walaupun telah dikecewakan

Perkembangan pasaran buruh AS bagi bulan September memaparkan laporan yang bercampur, namun tidak seburuk yang dijangkakan walaupun telah dikecewakan oleh kelemahan ISM pembuatan dan perkhidmatan pada minggu ini.

Penambahan sekitar 136,000 pekerjaan masih rendah daripada bacaan 200,000 yang telah menjadi kebiasaan pada tahun-tahun sebelumnya.

Namun begitu, kadar peningkatan tersebut masih kukuh sehingga cukup untuk menurunkan kadar pengangguran ke paras 3.5 peratus.

Tambahan pula, kajian semula data bulan Ogos yang lalu menunjukkan peningkatan penambahan pekerjaan daripada 130,00 kepada 168,000 orang, menjadikan trend data berkembang lebih baik.

Walaupun tanpa konflik perdagangan diperingkat antarabangsa, pertumbuhan pekerjaan yang lebih perlahan adalah dijangkakan kerana jumlah mereka yang mencari pekerjaan semakin mengecil.

Sektor pekerjaan secara relatif dilihat masih kukuh, dengan kadar pengangguran telah turun ke dalam kitaran terendah yang baru sementara angka tuntutan insurans pengangguran pula tidak dapat membuktikan berlakuna peningkatan pembuangan pekerjaan.

Walaupun pertumbuhan pendapatan jatuh lebih rendah daripada 3% (YoY), akan tetapi di dalam penyata masih mengisyaratkan perkembangan pasaran buruh yang stabil.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: