Data Pengeluaran Industri Zon Eropah Bakal Tamatkan Pendakian EUR/USD?

Data Pengeluaran Industri Zon Eropah Bakal Tamatkan Pendakian EUR/USD?

Pasangan matawang EUR/USD didagang tinggi setelah mendaki empat hari berturut-turut, disokong oleh komen positif Bank Pusat Eropah (ECB) serta kelemah

Pasangan matawang EUR/USD didagang tinggi setelah mendaki empat hari berturut-turut, disokong oleh komen positif Bank Pusat Eropah (ECB) serta kelemahan matawang USD.

Menurut ucapan Presiden ECB, Mario Draghi pada hari Rabu yang lalu, beliau yakin bahawa inflasi dan pendapatan akan meningkat selari dengan perkembangan ekonomi yang semakin pulih.

Beliau turut menyuarakan pandangan bahawa tekanan daripada perang perdagangan antara China dan AS dilihat tidak akan memberi impak yang besar kepada ekonomi berbanding perubahan sentimen keyakinan.

Lonjakan EUR/USD walau bagaimanapun terhenti beberapa pips sebelum mencapai harga $1.2400 dan berundur setelah dollar mendapat sedikit kekuatan daripada laporan hawkish minit mesyuarat Fed.

Kini di awal sesi pasaran hari Khamis EUR/USD didagang sekitar 1.2357, susut 0.08% setakat jam 2.05 petang.

Euro mungkin akan menghadapi kepayahan untuk menembusi paras 1.24 dalam tempoh 24 jam berikutan data pengeluaran industri Zon Eropah yang akan dikeluarkan pada jam 5 petang lebih berpotensi untuk meleset daripada jangkaan selepas pengeluaran industri Jerman melaporkan kejatuhan mendadak.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: