Pound menjunam berbanding hampir semua mata wang dunia selepas data PMI dikeluarkan. Pasangan mata wang GBPUSD susut daripada harga tertinggi harian 1
Pound menjunam berbanding hampir semua mata wang dunia selepas data PMI dikeluarkan. Pasangan mata wang GBPUSD susut daripada harga tertinggi harian 1.32900 (XM mt4) kepada nilai terendah 1.31141 (ketika ulasan ini ditulis) manakala GBPJPY menjunam kepada paras terendah 138.793.
Data PMI yang dikeluarkan menambahkan kerisauan kelembapan ekonomi UK kepada para pelabur. Kerisauan ini diburukkan kesan Brexit sebenar yang masih samar-samar sejak 24 Jun lalu.
PMI Pembuatan hanya menunjukkan angka 51.9 daripada angka lalu 52.1. Jangkaan pakar pula pada paras 47.8. Sementara itu data PMI servis pula merosot kepada 47.4 daripada nilai lalu 52.3 sementara jangkaan pakar pada 48.9.
Penafian: Ini hanyalah laporan pasaran pada ketika ianya ditulis dan tidak menggambarkan harga pada masa akan datang
COMMENTS