Data PMI UK Yang Positif Menyelematkan GBP/USD Daripada Kekal Di Bawah Paras Psikologi

Data PMI UK Yang Positif Menyelematkan GBP/USD Daripada Kekal Di Bawah Paras Psikologi

Pasangan matawang GBP/USD keluar daripada paras terendah dan kembali bergerak mendatar sekitar garisan psikologi 1.300, didorong oleh laporan PMI Pem

Pasangan matawang GBP/USD keluar daripada paras terendah dan kembali bergerak mendatar sekitar garisan psikologi 1.300, didorong oleh laporan PMI Pembinaan UK yang lebih baik.

Laporan yang dikeluarkan pada jam 5.30 petang menunjukkan bacaan indeks meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada bulan Januari.

Sehingga jam 7.20 petang, GBP/USD didagang sekitar paras 1.3005, keluar daripada paras terendah 1.2945 yang dicapai pada pertengahan sesi pasaran Eropah.

Namun begitu, gabungan beberapa gaktor termasuk risiko no-deal Brexit dan permintaan dollar yang kukuh masih menghadkan lonjakan intraday GBP/USD pada hari ini.

Meneliti perkembangan isu Brexit, PM UK Boris Johnson pada hari Isnin yang lalu telah menetapkan satu syarat yang lebih ketat untuk meneruskan rundingan sepanjang tempoh peralihan.

Sementara ketua perunding Brexit EU, Michel Barnier pula berkata kesatuan akan membuat tuntutan yang lebih banyak terhadap UK pada perbincangan seterusnya.

Percanggahan pandangan antara kedua-dua belah pihak telah memicu kembimbangan bahawa UK berkemungkinan terpaksa meninggalkan EU tanpa sebarang perjanjian selepas tamatnya tempoh peralihan pada akhir Disember 2020.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: