Data UK Mengisyaratkan Pemulihan, Namun Ketegangan Antara EU Dan UK Akan Terus Menjadi Penghalang

Data UK Mengisyaratkan Pemulihan, Namun Ketegangan Antara EU Dan UK Akan Terus Menjadi Penghalang

UK pada hari Selasa yang lalu mengeluarkan data yang bercampur apabila bacaan awal GDP Q4 (QoQ) menepati sasaran, mendatar tanpa perubahan manakala k

UK pada hari Selasa yang lalu mengeluarkan data yang bercampur apabila bacaan awal GDP Q4 (QoQ) menepati sasaran, mendatar tanpa perubahan manakala kadar pengeluaran industri dan pembuatan menunjukkan angka yang lebih rendah daripada jangkaan.

Namun begitu, masih terdapat ruang untuk pasaran kekal optimis dengan peningkatan 0.3% pada bacaan GDP bulan Disember sementara pengeluaran industri dan pembuatan pula telah kembali meningkat walaupun dengan angka yang lebih kecil.

Laporan tersebut menjadi bukti bahawa ketidaktentuan pilihanraya UK dan Brexit merupakan punca utama kepada kelemahan ekonomi UK pada suku tahun keempat yang lalu.

Keadaan ini sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur pound akan berlakunya perubahan signifikan yang positif terhadap ekonomi bermula Januari kehadapan berikutan terhapusnya risiko ketidaktentuan pilihanraya.

Harapan tersebut juga dikuatkan dengan pemulihan indeks PMI Perkhidmatan & Pembuatan UK bulan Januari yang dikeluarkan pada minggu lalu.

Walau bagaimanapun, risiko ketegangan hubungan antara EU dan UK tetap berpotensi menjadi penghalang kepada outlook ekonomi yang lebih baik.

Presiden Suruhanjaya EU Ursula von der Leyen ketika menjawab keinginan PM UK Boris Johnson untuk mendapatkan perjanjian seperti NAFTA mengatakan bahawa untuk UK mendapatkah hak yang unik dalam mengakses pasaran EU, mereka perlu mematuhi syarat yang ketat supaya dapat mencegah sebarang bahaya kepada ekonomi Eropah.

Wakil perunding Brexit EU Michel Barnier pula memberi amaran supaya ketua negara UK tidak menipu diri sendiri berikutan Brussels tidak akan memberi sebarang perjanjian yang istimewa berkaitan perkhidmatan kewangan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: