DBS Group: BNM Dijangka Menurunkan OPR Buat Kali Keempat Pada Bulan Julai

DBS Group: BNM Dijangka Menurunkan OPR Buat Kali Keempat Pada Bulan Julai

Kumpulan Penyelidikan DBS Bank menjangkakan pemotongan kadar faedah atau overnight policy rate (OPR) keempat akan diumumkan oleh BNM pada bulan Julai

Kumpulan Penyelidikan DBS Bank menjangkakan pemotongan kadar faedah atau overnight policy rate (OPR) keempat akan diumumkan oleh BNM pada bulan Julai.

Kadar faedah telah diturunkan sebanyak tiga kali pada tahun ini dengan jumalh 100 mata asas (bps) dengan separuh daripadanya dipotong pada 5 Mei yang lalu.

“Walaupun kami berpandangan bank pusat (BNM) akan mengekalkan OPR 2% sepanjang tahun ini, namun dengan dinamik inflasi mengisyaratkan hal yang berbeza”, jelas Irvin Seah, ahli ekonomi DBS dalam laporan strategi mereka pada hari ini.

Seah menyebutkan bahawa inflasi telah menyusut kepada 0.2% (YoY) pada bulan Mac dan berpotensi merosot sehingga negatif 0.6% pada bulan-bulan mendatang berikutan pemotongan kos yang diumumkan oleh kerajaan, ketiadaan permintaan dan harga tenaga yang rendah.

Tambahan pula, tekanan disinflasi juga semakin meningkat dan jurang output negatif semakin melebar yang mana berpotensi mendorong inflasi sepanjang tahun ke paras negatif.

“Kami jangkakan purata inflasi utama akan berada sekitar -0.4% sepanjang tahun 2020, lebih rendah berbanding jangkaan 0% yang lalu. Pemotongan 25 bps oleh BNM mungkin akan dipertimbangkan pada bulan Julai bagi menyelaraskan risiko antara inflasi dan pertumbuhan”. jelas beliau.

Walau bagaimanapun, Seah tidak menafikan bahawa keputusan BNM yang akan datang akan terus bergantung kepada data-data semasa.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: