Minggu lepas merupakan minggu BOJ, FOMC, BOE, ECB, RBA, RBNZ, dan banyak lagi bank-bank dunia membentangkan penyata kewangan dan pandangan hadapan mas
Minggu lepas merupakan minggu BOJ, FOMC, BOE, ECB, RBA, RBNZ, dan banyak lagi bank-bank dunia membentangkan penyata kewangan dan pandangan hadapan masing-masing. Minggu ini pasaran mula beralih dan mengambil perhatian terhadap Debat Calon Presiden Amerika Syarikat. Walaupun debat ini khusus untuk perhatian warga US, tetapi kita sebagai pedagang mata wang perlu mengambil perhatian kerana sentimen yang dibawa kem-kem calon presiden ini.
Secara amnya pasaran dan pengundi lebih memihak kepada Clinton yang lebih sederhana pendekatannya berbanding Trump yang lebih provokatif dalam ucapan-ucapan kempennya. Tinjauan awal 46% memihak Clinton, 44% Trump dan selebihnya 5% Gary Johnson serta 1% Jill Stein. Saingan sengit dilihat di merata tempat berkempen.
Fokus utama debat itu nanti adalah hubungan antarabangsa, keselamatan nasional, kaum, dan isu imigresen. Walaupun masalah ekonomi berkemungkinan besar tidak akan didebatkan, ketidaktentuan dalam pasaran mata wang adalah sudah semestinya dijangkakan akan berlaku.
Trump yang terkenal dengan petahnya berkata-kata secara sembarangan memberikan kelebihan kepadanya setiap kali beliau ke udara di kaca televisyen berbanding Clinton yang lebih profesional dan sederhana. Dalam debat presiden itu nanti salah satu cara Clinton menghadapi Trump adalah dengan sindiran-sindiran pedas kerana Trump sudah semestinya tidak suka disidir. Trump mempunyai personaliti tidak suka dipersendakan.
Antara topik yang agak pasti akan dikritik Trump adalah cadangan Parti Demokrat yang ingin meningkatkan kuota kapasiti imigran daripada Syiria. Sifat Nasionalisme Trump yang terlalu kuat juga dilihat pasaran agak merbahaya kerana kadang kala terlalu mementingkan US sahaja. Bayangkan jika Trump dapat mempengaruhi FOMC menaikkan kadar faedah US dengan terlalu drastik tanpa mengambil kira kemampuan ekonomi dunia, sudah semestinya bank-bank pusat negara-negara lain akan kelam-kabut membuat pelarasan polisi ekonomi bagi menghadapi kekuatan Dolar Amerika.
Dengan tekanan ekonomi dunia sekarang, berkemungkinan besar kemenangan Trump akan menambah tekanan dalam pasaran selepas isu brexit yang melanda UK. Trump juga sangat terkenal dengan komen-komen perkauman yang lebih cenderung tidak sukakan Islam. Mengikut beberapa penganalisis ekonomi dunia, kemenangan Trump ada kemungkinan boleh membawa kepada berulangnya “Great Depresion”
Wallahualam
Penafian: Ini merupakan pandangan penulis dan tidak akan sesekali menggambarkan pendapat umum.
COMMENTS