Defisit Dagangan AS Meningkat Ke Paras Tertinggi Januari Lalu

Defisit Dagangan AS Meningkat Ke Paras Tertinggi Januari Lalu

Defisit perdagangan AS pada bulan Oktober meningkat berbanding jangkaan, naik ke paras tertinggi sembilan bulan lalu berikutan peningkatan harga minya

Defisit perdagangan AS pada bulan Oktober meningkat berbanding jangkaan, naik ke paras tertinggi sembilan bulan lalu berikutan peningkatan harga minyak telah meransang hasil import, menunjukkan pertumbuhan perdagangan sedikit terganggu pada suku tahun keempat.

Jabatan perdagangan berkata perbezaan dalam imbangan perdagangan mengembang sehingga 8.6% kepada $48.7 billion. Angka ini merupakan paling tinggi sejak Januari lalu, diikuti dengan defisit data bulan September yang dikaji semula turut naik $44.9 billion

Apabila diubah kepada inflasi, defisit dagangan juga meningkat kepada $65.3 billion berbanding bacaan bulan September sebanyak $62.2 billion. Defisit benar dagangan pada bulan Oktober berada di atas paras purata suku tahun ketiga $62.0 billion.

Hal ini menunjukkan dagangan akan mengurangkan pertumbuhan GDP pada suku tahun keempat (Oktober-Disember) sekiranya angka defisit tidak menyusut pada dua bulan terakhir tahun ini.

Situasi yang kritikal ini akan menarik perhatian Presiden Trump apabila beliau menggunakan alasan tersebut sebagai puncai kehilangan pekerjaan dalam sektor pembuatan AS dan juga pertumbuhan ekonomi yang sederhana.

Trump berpendapat bahawa rundingan antara rakan dagangan telah banyak memberi kerugian kepada AS. Beliau telah mengarahkan untuk menilai semula perjajian NAFTA yang telah ditandatangani pada tahun 1994 antara AS, Kanada dan Mexico.

Keputusan masih tertangguh berikutan Mexico dan Kanada tidak bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh AS untuk meningkatkan had minimum kemasukan kandungan auto Amerika Utara sebanyak 85% daripada 62.5% di samping mewajibkan pemasangan separuh kenderaan di AS.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: