Demokrat Dijangka Menguasai Senat, Namun Keputusan Mungkin Tertunda

Demokrat Dijangka Menguasai Senat, Namun Keputusan Mungkin Tertunda

Saham AS di bursa saham New York (NYSE) melonjak dengan jangkaan bahawa calon parti Demokrat, Joe Biden akan memenangi pilihan raya presiden kali ini

Saham AS di bursa saham New York (NYSE) melonjak dengan jangkaan bahawa calon parti Demokrat, Joe Biden akan memenangi pilihan raya presiden kali ini, sekali gus membuka pintu kepada penambahan bantuan fiskal.

Kesemua 11 indeks utama S&P meningkat, dimulai dengan saham dalam sektor kewangan, kesihatan dan industri.

Hasil tinjauan secara konsisten menunjukkan Biden terus mendahului Trump dan senario ini meningkatkan harapan untuk melihat keputusan yang muktamad pada pilihan raya semalam.

“Pasaran bukan sahaja menjangkakan kemenangan Biden tetapi turut memberi reaksi ke atas pemulihan dasar, yang mana salah satu daripadanya adalah dengan memperbanyakkan perbelanjaan fiskal”, kata Chris Bailey, ahli strategi Raymond James di London.

Selain itu, Demokrat juga dijangka memenangai 14 kerusi Senat, sekali gus menguasai sepenuhnya Kongres, dewan senat dan dewan perwakilan.

Namun, keputusan dijangka tertunda berikutan jumlah undi pos yang terlalu tinggi di beberapa kawasan seperti Arizone dan Maine.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: