Deutsche Bank, Krisis Perbankan Eropah dan Euro

Deutsche Bank, Krisis Perbankan Eropah dan Euro

Pada tahun 2008, sektor perbankan dunia dikejutkan dengan kejatuhan Lehman Brothers yang telah diisyhtiharkan bankrap dan membawa sekali beberapa bank

Pada tahun 2008, sektor perbankan dunia dikejutkan dengan kejatuhan Lehman Brothers yang telah diisyhtiharkan bankrap dan membawa sekali beberapa bank lain yang bersama dengan mereka turut tersungkur.

Saya yang berkhidmat dengan Standard Chartered Bank pada ketika itu, masih ingat lagi situasi cemas dikala terdapat satu transaksi bernilai tinggi telah dilepaskan kepada Lehman Brothers yang telah bankrap! Hampir beberapa tahun bank-bank di US berada di bawah ‘watchlist’ berisiko tinggi.

Kini, Deutsche Bank pula menggusarkan sektor perbankan Eropah apabila bank terbesar Jerman itu sedang dalam proses untuk melunaskan saman sebanyak $14 billion oleh ‘Department of Justice’ DOJ.

Deutsche Bank adalah bank gergasi di Eropah yang berasal dari Jerman mempunyai pengkalan hampir di 70 negara dengan jumlah kakitangan seramai 100 ribu seluruh dunia. Oleh itu masalah yang dihadapi oleh Deutsche Bank sekarang dilihat sebagai ancaman pada sektor perbankan Eropah dan matawang Euro, lebih besar impaknya jika berlaku berbanding kes Lehman Brothers.

Apa persamaan masalah Deutsche Bank dan Lehman Brother? Ia adalah kerana ‘exposure’ mereka di dalam ‘derivative market’ terlalu tinggi. Stok, bond, saham dan swap interest rate adalah antara instrumen di dalam kategori derivative. Bagaimana ‘derivative’ ini berfungsi adalah tersangat kompleks dan luas untuk saya kupas di dalam tulisan kali ini. Sekadar senang untuk difahami secara asas, ia seperti membeli atau menjual aset untuk diperdagangkan pada nilai dan masa tertentu di masa hadapan (futures).

Kesilapan dalam penjualan ‘Mortgage Backed Securities’ (MBC) oleh Deutsche Bank telah membawa mereka jauh ke dalam krisis ‘derivative market’ ini lebih parah. Keadaan yang sama berlaku kepada Lehman Brothers, semasa krisis ‘Subprime Lending’ pada tahun 2007-2008. MBC adalah di mana, bank menjual ‘mortgage portfolio’ mereka kepada firma-firma lain dengan keuntungan tertentu.

Seperti bagaimana krisis Lehman Brothers melemahkan ekonomi US, begitu juga sama keadaannya kepada ekonomi blok EU, jika perkara sama berlaku kepada Deutsche Bank. Ikuti ulasan lanjut saya tentang risiko Deutsche Bank kepada matawang EUR dan apa impaknya kepada pasaran dunia.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: