DG Hisham: Mutasi Baru Covid-19 Dari UK Kini Dikesan Di Malaysia

DG Hisham: Mutasi Baru Covid-19 Dari UK Kini Dikesan Di Malaysia

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan (KKM) Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam catatan Facebook yang terbaru berkata bahawa strain baru Covid-19, B

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan (KKM) Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam catatan Facebook yang terbaru berkata bahawa strain baru Covid-19, B117 telah dikesan di Malaysia.

Beliau menjelaskan bahawa seorang individu yang didapati positif mempunyai sejarah melancong ke UK pada bulan Disember.

Individu tersebut telah diasingkan dan menerima rawatan lanjut pada 28 Disember dan didapati dan didapati dijangkiti virus baru pada hari ini.

“Sejak Oktober 2020, KKM telah melakukan pemantauan terhadap kesemua pengembara dari negara-negara yang telah melaporkan kes mutasi varian UK B.1.1.7 ini termasuk dari United Kingdom, Belanda, Singapura, Turki, Filipina dan India.” jelas Dr Noor Hisham.

“Sebanyak 968 sampel telah diuji sejak Oktober 2020 dan telah melakukan “genome sequencing” bagi mengesan jenis mutasi UK B117 ini kepada 24 sampel”, tambah beliau.

Setakat 11 Januari, tiada penularan mutasi virus B117 dikesan dalam negara, namun Dr Noor Hisham menegaskan bahawa KKM akan terus memantau dan memberikan perkembangan tentang strain baru ini dari semasa ke semasa.

Menurut Dr Noor Hisham, mutasi protein Spike terbaru ini dilihat tidak memberi gejala yang lebih teruk, namun ianya lebih mudah untuk dijangkiti.

2,232 kes jangkitan Covid-19 yang baru telah disahkan dengan empat kematian dilaporkan pada hari ini, menjadikan jumlah kes Covid di Malaysia mencecah 138,224 kes setakat ini.

Sumber: https://www.facebook.com/DGHisham/posts/3995870917103433

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: