Diagnosis Covid Trump Tingkatkan Perhatian Terhadap Perbincangan Pakej Ransangan Fiskal Baru

Diagnosis Covid Trump Tingkatkan Perhatian Terhadap Perbincangan Pakej Ransangan Fiskal Baru

Isu jangkitan Covid-19 Trump telah meningkatkan perhatian kepada perbincangan di kongres AS mengenai pakej bantuan ransangan fiskal yang baru. Spe

Isu jangkitan Covid-19 Trump telah meningkatkan perhatian kepada perbincangan di kongres AS mengenai pakej bantuan ransangan fiskal yang baru.

Speaker dewan rakyat AS, Nancy Pelosi pada hari Jumaat yang lepas berkata berbincangan mengenai pakej tersebut sedang diteruskan.

Beliau juga mengarahkan supaya syarikat penerbangan AS menghentikan sementara pelepasan cuti sakit atau pemecatan, mengisyaratkan akan diluluskan satu rang undang-undang tersendiri bagi membantu sektor penerbangan.

Walau bagaimanapun, ianya masih bergantung apakah hasil diagnosis Trump pada hari Jumaat atau kelemahan laporan pekerjaan bulan September akan lebih mempengaruhi keputusan Kongres untuk meluluskan pakej ransangan tersebut.

Kadar pemulihan pasaran pekerjaan yang semakin perlahan menjadi petunjuk paling jelas bahawa ekonomi kehilangan momentum menunju suku tahun terakhir 2020, yang mana pertumbuhan diransang oleh bantuan fiskal pada musim panas yang lalu.

“Virus menjadi pemandu yang mengawal kadar pergerakan pemulihan dan ekonomi ketika ini sedang berada di atas landasan yang perlahan kecuali Kongres dan White House menyelesaikan perbezaan antara mereka dan menyediakan ransangan tambahan”, jelas Chris Rupkey, ketua ekonomi dari MUFG New York.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: