Dipengaruhi Oleh Simpanan Minyak Mentah AS Yang Meningkat , Harga Minyak Terus Menurun.

Dipengaruhi Oleh Simpanan Minyak Mentah AS Yang Meningkat , Harga Minyak Terus Menurun.

Selasa , harga minyak mentah terus menurun selepas data rasmi menunjukkan perningkatan diluar jangkaan dalam inventori mentah AS. Niagaan hadapan m

Selasa , harga minyak mentah terus menurun selepas data rasmi menunjukkan perningkatan diluar jangkaan dalam inventori mentah AS.

Niagaan hadapan minyak mentah West Texas Intermediate AS April ( CLc1 ) mencatatkan penurunan 11sen diniagakan pada $ 61.53 setong pada 0100GMT selepas mencatatkan penurunan $1.37 pada penutupan semalam.

Sementara itu nigaan hadapan Brent (LCoc1) untuk Mei mencatatkan kejatuhan 16 sen untuk didagangkan pada $64.57, setelah ditutup dengan kejatuhan $1.79 semalam. Kontrak April yang tamat pada hari Rabu mencatatkan keseluruhan penurunan 85sen dengan dagangan $65.68 setong.

Mengikut dari sumber dari industry minyak, penurunan harga disebabkan oleh peserta pasaran mula mengambil keuntungan selepas harga minyak mencecah paras tertinggi dalam tiga minggu pada awal dagangan minggu ini.

Data mingguan yang dikeluarkan oleh Pentadbir Maklumat Tenaga ( EIA ) menunjukan inventori mentah AS mencatatkan perningkatan sebanyak 3 juta tong pada minggu lalu sekaligus mengatasi jangkaan awal yang mensasarkan 2.1 juta tong.

Simpanan petrol jugak meningkat sebanyak 2.5 juta tong tersasar dari jangkaan yang menjangkakan penurunan 190,000. Manakala stok untuk diesel dan minyak pemanas jatuh 1 juta tong berbanding jangkaan untuk kejatuhan 709,000.

Perningkatan pengeluaran oleh AS telah Berjaya mengekalkan harga minyak pada tahun ini walaupon Pertubuhan Pengeksport Petroleum dan Rusia telah mengurangkan pengeluaran .

Data yang dikeluarkan oleh EIA pada hari rabu mencatatkan pengeluaran minyak mentah AS mencapai rekod dengan pengeluaran 10.057 juta tong sehari pada bulan November dan 9.949 juta tong pada Disember.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: