Diskaun RM942 Juta Tidak Akan Jejaskan Operasi TNB

Diskaun RM942 Juta Tidak Akan Jejaskan Operasi TNB

Tenaga Nasional Bhd (TNB) dalam kenyataannya hari ini menjaminan bahawa bantuan tambahan Bantuan Prihatin Elektrik bernilai RM942 juta, yang diumumka

Tenaga Nasional Bhd (TNB) dalam kenyataannya hari ini menjaminan bahawa bantuan tambahan Bantuan Prihatin Elektrik bernilai RM942 juta, yang diumumkan oleh kerajaan semalam, tidak akan menjejaskan operasi atau penyediaan perkhidmatan tenaga elektrik kepada pengguna.

Pengerusi TNB Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, walaupun empat juta pengguna akan menikmati bekalan elektrik percuma selama tiga bulan, hal-hal berkaitan penyelenggaraan infrastruktur TNB akan terus berjalan seperti biasa.

“Kami berkongsi tanggungjawab ini bersama kerajaan jadi ianya tidak akan menjadi masalah kepada TNB.

Kami melakukan hal ini demi kepentingan rakyat, oleh itu segala isu berkaitan dengan bekalan elektrik, sambungan pendawaian, pembaikan dan penyelenggaraan tidak akan terjejas,” katanya pada sidang media hari ini.

Di samping itu, Mahdzir menjelaskan bahawa TNB akan memperkukuhkan sesi taklimat pengguna supaya dapat memberi pemahaman yang lebih baik kepada masyarakat mengenai bantuan tersebut dan bagaimana pengguna akan dibilkan mengikut blok tarif dan harga.

“Kita juga ambil tanggungjawab menerangkan proses pengiraan bantuan ini kepada semua pelanggan yang tidak memahami kaedah pengiraan dilakukan.

“Orang ramai boleh berkunjung ke 129 Kedai Tenaga di seluruh negara atau menghubungi talian TNB Careline bagi mendapatkan maklumat lanjut,” kata Mahdzir.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: