Dogecoin Melonjak Dengan Pengambilalihan Twitter Oleh Elon Musk

Dogecoin Melonjak Dengan Pengambilalihan Twitter Oleh Elon Musk

Dogecoin mencatat lonjakan harian lebih 70 peratus pada 29 Oktober, sekali gus merekodkan peningkatan sebanyak 91 peratus sepanjang tujuh hari yang l

Dogecoin mencatat lonjakan harian lebih 70 peratus pada 29 Oktober, sekali gus merekodkan peningkatan sebanyak 91 peratus sepanjang tujuh hari yang lalu.

Lonjakan itu berlaku dengan harapan pengambilalihan Twitter oleh Elon Musk pada minggu lalu dapat memberi dorongan yang besar ke atas pasaran kripto khususnya dogecoin.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc itu dikenali antara penyokong kripto paling vokal dan telah banyak mempengaruhi harga dogecoin serta bitcoin.

Gelaran beliau ke atas dogecoin sebagai “kripto orang ramai,” telah mengubah mata wang digital yang dahulunya hanya bermula sebagai jenaka media sosial, kini menjadi sasaran spekulator.

Token itu juga kembali menjadi tumpuan selepas Tesla mula menerimanya sebagai bayaran bagi barangan mereka awal tahun ini, termasuk jenama minyak wangi Musk yang baru dilancarkan.

Platform pertukaran mata wang kripto, Binance yang telah melabur sebanyak AS$500 juta ke dalam pembelian Musk terhadap Twitter, berkata mereka sedang membentangkan strategi tentang bagaimana blockchain dan kripto boleh membantu Twitter.

Twitter telah mula meneroka cara untuk menggabungkan teknologi blockchain di bawah pengasas bersama dan bekas CEO Jack Dorsey, yang sebelum ini juga merupakan penyokong bitcoin.

Musk menerusi Tweetnya pada bulan ini berkata antara tujuan beliau membeli Twitter adalah untuk mencipta “aplikasi segala-galanya”.

Idea aplikasi segala-galanya ini berasal dari Asia seperti aplikasi WeChat, yang membolehkan pengguna bukan sahaja menghantar mesej tetapi juga membuat pembayaran, membeli-belah dalam talian atau memanggil teksi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: