Dolar Amerika Begerak Stabil Disebalik Spekulasi Gabenor Baru Fed

Dolar Amerika Begerak Stabil Disebalik Spekulasi Gabenor Baru Fed

Dolar Amerika didagangkan stabil pada pasaran Selasa walaupun timbulnya spekulasi tentang Gabenor Rizab Persekutuan yang baru. Para pelabur menaruh ke

Dolar Amerika didagangkan stabil pada pasaran Selasa walaupun timbulnya spekulasi tentang Gabenor Rizab Persekutuan yang baru. Para pelabur menaruh keyakinan bahawa ketua Fed yang baru adalah tokoh yang lebih ageresif dalam dasar kewangan Fed yang akan datang.

Sementara itu, John Taylor ahli ekonomi terkenal dan Kevin Warsh adalah dua nama yang disebut-sebut sebagai ketua Fed seterusnya.

Indeks Dolar Amerika diukur terhadap enam ( 6 ) matawang utama lain didagangkan pada 93.84, menurun 0.09%.

Isnin lalu Presiden Donald Trump telah mengumumkan kepad media bahawa pelantikan Pengerusi Fed baru akan diumumkan tidak lama lagi.

Dalam sesi dagangan Amerika malam ini, tumpuan akan diberikan oleh peserta pasaran terhadap data sektor perkhidmatan untuk bulan Oktober yang mana akan mengukuhkan kemungkinan kenaikan kadar jika keputusan diatas sasaran.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: