Dolar Amerika Mengukuh Sedikit Sebelum Tamat Sesi Asia

Dolar Amerika Mengukuh Sedikit Sebelum Tamat Sesi Asia

Dua memasuki sesi dagangan London, Dolar Amerika sedikit menguat berbanding majoriti mata wang utama dunia. Indeks US Dolar yang digunakan mengukur ke

Dua memasuki sesi dagangan London, Dolar Amerika sedikit menguat berbanding majoriti mata wang utama dunia. Indeks US Dolar yang digunakan mengukur kekuatannya berbanding 6 mata wang utama dunia menunjukkan pengukuhan 0.1% pada paras 95.578 daripada nilai terendah sejak 5 Julai minggu lepas pada paras 95.384.

 

Dengan data KDNK April hingga Jun Negara Uncle Sam yang mencatatkan 1.2% berbanding 2.6% jangkaan pakar ekonomi, jualan USD berlaku pada Jumaat lalu. Data KNDK itu dikeluarkan oleh Commerce Department.

 

Data KDNK yang agak mengecewakan ini dipercayai menambah kesuraman permintaan Dolar Amerika setelah kenyataan FOMC tidak meletak sasaran masa kenaikan kadar faedah dalam masa terdekat. Namun begitu FOMC terbuka terhadap kenaikan kadar faedah dalam masa yang tidak ditetapkan, dan ianya bergantung pada data-data ekonomi

 

Penafian: Ini hanyalah laporan pasaran pada ketika ianya ditulis dan tidak menggambarkan harga pada masa akan datang

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: