Dolar AS Kawal Kerugian Menjelang NFP

Dolar AS Kawal Kerugian Menjelang NFP

Dolar AS sedang mengawal kerugiannya berbanding matawang utama pada hari Jumaat menjelang laporan NFP, yang mana dibimbangi dapat menguatkan pandanga

Dolar AS sedang mengawal kerugiannya berbanding matawang utama pada hari Jumaat menjelang laporan NFP, yang mana dibimbangi dapat menguatkan pandangan yang menganggap bahawa momentum pemulihan ekonomi di AS sedang bergerak perlahan.

Sentimen telah berpaling dari greenback disebabkan oleh gabungan beberapa faktor seperti peningkatan kes jangkitan virus, penyusutan hasil bon yang berterusan dan kurangnya kesepakatan terhadap cadangan penambahan ransangan fiskal.

Penganalisis berpandangan dolar akan terus jatuh, terutamanya berbanding euro, yen dan franc Swiss, kerana jangkaan berlakunya pemulihan berbentuk V dari wabak koronavirus semakin lemah dan pelabur kini beralih kepada data-data yang lebih jelas.

“Saya melihat dolar akan terus melemah,” kata Michael McCarthy, ketua strategi pasaran CMC Markets di Sydney.

“Optimis terhadap pemulihan ekonomi tidak disokong oleh data. Safe-haven terlalu tinggi, tetapi saham juga pada paras yang tinggi, sesuatu yang tidak masuk akal. Pesta (peningkatan) tetap akan berakhir pada sutu masa”, tambah beliau.

Pada awal minggu ini, hasil bon 5-tahun AS telah menjunam ke rekod terendah yang baru sementera hasil bon 10-tahun pula berada di paras kedua terendah, yang mana dapat dijadikan dorongan untuk terus menghambat greenback.

Selain itu, para pelabur juga bimbang dengan ketegangan hubungan antara AS dan China selepas Trump mengeluarkan perintah eksekutif yang melarang transaksi dengan ByteDance, syarikat China yang memiliki aplikasi perkongsian video TikTok atas isu keselamatan negara.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: