dollar-usd-15-e1524743867502

Dolar AS Kekal Di Zon Tertinggi, Pandangan Ahli FOMC Kini Lebih Hawkish

Dolar AS kekal berhampiran paras tertinggi selepas mencatat lonjakan terbesar dalam tiga minggu pegawai apabila ulasan penggubal dasar Federal Reserve menguatkan potensi kenaikan kadar faedah yang lebih agresif.

Presiden Fed San Francisco Mary Daly dan Presiden Fed Chicago Charles Evans semalam menyebutkan bahawa para penggubal dasar bank pusat bersikap tegas dan bersepakat untuk menaikkan kadar faedah ke tahap yang akan mengekang aktiviti ekonomi lebih ketara.

Komen oleh Daly dan Evans yang sangat dikenali dengan kecenderungan dovish mereka berbanding ahli FOMC yang lain dilihat telah mendorong peningkatan hasil bon dan dolar AS pada sesi yang lalu.

Malah menurut Kristina Clifton, pakar strategi di Commonwealth Bank Australia, “Indeks (dolar) mampu melepasi 108 (mata) dalam beberapa minggu mendatang.”

Setakat jam 2.15 petang, indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam mata wang utama yang lain didagang mendatar sekitar 106.22 mata.

Kini, para pelabur juga melihat sekitar 44 peratus peluang bahawa Fed akan menaikkan lagi kadar faedah sebanyak 75 mata asas pada mesyuarat seterusnya di bulan September.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *