dollar-6

Dolar AS Mengekalkan Kenaikan Menjelang Laporan Minit Mesyuarat Fed

Dolar mengekalkan kenaikan berbanding mata wang utama lain menjelang laporan minit mesyuarat Fed bulan Julai yang akan diterbitkan hari ini, yang akan memberi pentunjuk mengenai kadar kenaikan kadar faedah selanjutnya.

Greenback telah pulih daripada kerugiannya akibat daripada kelemahan data inflasi minggu lalu, yang mana permintaan dolar merosot susulan meningkatkannya jangkaan ‘rate hike’ mungkin telah tamat.

“Persoalannya ialah sama ada Fed mahu menggunakan minit ini sebagai alat komunikasi untuk menolak pandangan tentang kitaran pelonggaran pada tahun 2023,” kata penganalisis mata wang ING dalam satu nota.

Beberapa pegawai Fed sepanjang minggu lalu telah memberi isyarat bahawa bank pusat masih akan bertindak tegas untuk memerangi inflasi, sekali gus membantu menaikkan semula dolar.

Selain minit mesyuarat, data jualan runcit AS pada hari ini juga akan diteliti sebagai penunjuk kepada daya tahan ekonomi.

Indeks USD setakat jam 7 petang didagang pada paras 106.62 mata, pulih sekitar 2 peratus sejak data pasca inflasi yang rendah minggu lalu.

Namun begitu, bacaan tersebut masih kekal di bawah lebih 2 peratus berbanding paras tertinggi 109.29 yang direkodkan pada pertengahan Julai lalu.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *