Dolar AS Menuju Penurunan Mingguan Terbesar Sejak Mei 2021

Dolar AS Menuju Penurunan Mingguan Terbesar Sejak Mei 2021

Dolar AS menuju ke kejatuhan mingguan terbesar dalam lapan bulan terakhir hari ini apabila pelabur mengurangkan posisi beli dan menganggap bahawa ket

Dolar AS menuju ke kejatuhan mingguan terbesar dalam lapan bulan terakhir hari ini apabila pelabur mengurangkan posisi beli dan menganggap bahawa ketika ini kenaikan kadar AS tahun ini telah ditetapkan harga sepenuhnya.

Pada minggu di mana data inflasi AS menujukkan tekanan paling tinggi sejak awal 1980-an lalu, penjualan ke atas greenback telah memaksa ia turun ke paras sokongan utama berbanding euro.

Setakat jam 11.30 pagi, indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain susut 0.9%, di atas landasan untuk merekodkan penurunan mingguan terbesar sejak Mei yang lalu.

Penyusutan itu juga akan menghentikan momentum menaik yang telah berlangsung selama enam bulan.

Pergerakan dolar tersebut telah dipandu oleh jangkaan kadar faedah AS yang telah ditetapkan sebanyak empat kenaikan tahun ini.

Bagaimanapun, hasil bon jangka panjang sedikit merosot dengan komen hawkish yang dikeluarkan oleh para pegawai Fed mengenai pengurangan penyata imbangan bank pusat.

“Pelabur nampaknya telah memberi isyarat bahawa penamatan pelonggaran kuantitatif, kenaikan kadar faedah sebayak empat kali dan permulaan pengetatan kuantitatif yang akan dilakukan dalam tempoh sembilan bulan adalah sangat agresif sehingga ia akan mengehadkan skop untuk kenaikan (kadar) lebih jauh,” kata Derek Halpenny, ketua penyelidikan pasaran global di MUFG.

“Ia sebenarnya telah menguatkan lagi keyakinan bahawa puncak kadar Fed akan berada di bawah 2%,” jelas Halpenny.

Oleh itu, beliau menyebutkan bahawa data-data ekonomi yang dapat meyakinan pertumbuhan pasaran yang lebih kukuh sehingga membolehkan Fed menaikkan kadar faedah lebih tinggi, sekali gus menjadi katalis baharu untuk mengukuhkan dolar.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: