Dolar AS Merosot, Dikelabui Jangkaan ‘Rate Cut’ Fed Yang Lebih Awal

Dolar AS Merosot, Dikelabui Jangkaan ‘Rate Cut’ Fed Yang Lebih Awal

Angka kes Covid-19 di luar China semakin meningkat pada hujung minggu lalu sehingga menguatkan spekulasi bahawa Fed akan mula memperkenalkan 'rate cu

Angka kes Covid-19 di luar China semakin meningkat pada hujung minggu lalu sehingga menguatkan spekulasi bahawa Fed akan mula memperkenalkan ‘rate cut’ dalam masa yang terdekat.

Jangkaan tersebut telah mengakibatkan dolar AS berundur pada hari Isnin, memadamkan keuntungan yang diperoleh berbanding matawang lain dengan bacaan indeks USD jatuh 0.13% kepada 99.30 mata.

Itali telah melaporkan 220 kes jangkitan virus dengan 5 kematian sementara Korea Selatan mengesahkan penambahan 231 kes menjadikan jumlah jangkitan yang disahkan melebihi 830 kes. Manakala di Iran, 61 kes dilaporkan dengan 12 kematian telah disahkan.

Dalam suasana wabak coronavirus terus merebak, berdasarkan tinjauan CME Group, jangkaan bahawa Fed akan mengumumkan penurunan kadar faedah lebih awal pada bulan Mac meningkat ke paras 20% dan jangkaa rate cut pada bulan April naik ke paras 40%.

Kebimbangan berterusan para pelabur terhadap isu virus ini telah menjadikan Yen Jepun sebagai pilihan utama matawang safe haven berbanding greenback walaupun pada awalnya Yen merosot dengan impak negatif kelembapan di China ke atas ekonomi Jepun.

Sehingga jam 8.55 pagi, USD/JPY didagang sekitar 110.89, susut -0.63% atau hampir 100 pips pada hari Isnin yang lalu.

Menteri Ekonomi Jepun Yasutoshi Nishimura pada hari Selasa berkata kerajaan akan terus meneliti lebih dekat kesan coronavirus dan akan akan bergantung kepada keadaan untuk memperkenalkan bentuk bantuan yang sesuai ke atas ekonomi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: