Dolar AS Stabil, Pasaran Kembali Tenang Daripada Kejutan Omicron

Dolar AS Stabil, Pasaran Kembali Tenang Daripada Kejutan Omicron

Dolar AS mengukuh dan stabil apabila pasaran mata wang kembali tenang daripada kejutan yang melibatkan penempuan varian koronavirus baharu. Varian

Dolar AS mengukuh dan stabil apabila pasaran mata wang kembali tenang daripada kejutan yang melibatkan penempuan varian koronavirus baharu.

Varian Omicron, yang pertama kali dikesan di selatan Afrika, mencetuskan kebimbangan global, sehingga memperlihatkan penjualan besar-besaran pasaran kewangan pada hari Jumaat.

Hal ini kerana, para pelabur bimbang jika proses pemulihan ekonomi daripada krisis kesihatan dua tahun akan kembali terganggu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata mereka masih belum jelas sama ada Omicron, yang telah ditemui di seluruh dunia, lebih mudah menular atau akan menyebabkan penyakit yang lebih teruk.

Bagaimanapun, pasaran kembali tenang di awal dagangan minggu ini sementara menunggu kesan yang lebih jelas dengan harga minyak serta saham futures AS kembali melonjak.

Indeks USD yang mengalami kejatuhan terbesar sejak Mei pada Jumaat lalu pula naik 0.14% dan stabil di paras 96.20 setakat jam 8.45 pagi.

Kejatuhan dolar AS pada Jumaat walaupun mempunyai status mata wang safe haven adalah disebabkan oleh potensi varian Omicron menghalang Fed dan bank pusat utama lain untuk menaikkan kadar faedah.

Ketua penyelidikan FX dan Komoditi Commerzbank, Ulrich Leuchtmann menulis dalam notanya bahawa EUR pada mulanya mendapat manfaat daripada varian Omicron kerana sikap dovish Bank Pusat Eropah (ECB).

“Jika Omicron membawa kepada penutupan dan pengurangan baharu dalam aktiviti ekonomi pada skala global, semua jangkaan kenaikan kadar menjadi sia-sia dan pasaran akan mengubah unjuran dengan cepat,” katanya.

“Dan mata wang manakah yang akan menjadi pemenang secara relatif? Sudah tentu, mata wang yang tidak dijangka akan mengalami kenaikan kadar faedah iaitu EUR, JPY dan CHF,” tambah beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: