Dolar AS Tenang, Matawang Sensitif Risiko Padam Sebahagian Kerugian

Dolar AS Tenang, Matawang Sensitif Risiko Padam Sebahagian Kerugian

Dolar AS kembali stabil pada hari Isnin sementara matawang komoditi seperti AUD, JPY dan EUR memadamkan sebahagian kerugian berbanding USD berikutan

Dolar AS kembali stabil pada hari Isnin sementara matawang komoditi seperti AUD, JPY dan EUR memadamkan sebahagian kerugian berbanding USD berikutan sentimen risk-off mula mendominasi pasaran.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain sehingga jam 9.40 kini didagang sekitar 97.21 mata.

Pasaran ekuiti jatuh pada awal sesi dagangan Eropah dengan kebanyakkan penganalisis menyuarakan kebimbangan terhadap gelombang jangkitan kedua Covid-19.

China telah memperkenalkan semula sekatan di beberapa kawasan setelah Beijing melaporkan kelompok jangkitan baru yang terbesar sejak Februari.

Ahli stretegi Socite Generale, Kenneth Broux berkata pasaran telah memberikan reaksi terhadap berita peningkatan jangkitan koronavirus.

Hal yang menjadi kesepakatan pasaran adalah kenaikan dolar telah memuncak pada bulan Mac, dan para pelabur kini berhenti daripada mengambil keuntungan, katanya.

Ketua FX dan penyelidikan komoditi Commerzbank, Ulrich Leuchtmann pula berkata berita mengenai penularan wabak baru ini telah berlanjutan lama, dan matawang-matawnag safe haven tidak mengukuh, mengisyaratkan bahawa peningkatan dolar hanyalah disebabkan oleh kelemahan yang lalu.

“Pada pandangan saya, ini perkara yang kecil. Setelah melemahnya tempoh USD, kini saatnya untuk pembetulan dan pengambilan untung,” kata Leuchtmann.

Output industri di China pula naik dua bulan berturut-turut pada bulan Mei, namun peningkatan adalah lebih rendah berbanding jangkaan, menunjukkan bahawa pemilik ekonomi kedua terbesar di dunia masih sedang berjuang mengembalikan ekonomi ke atas landasan.

Negara-negara Eropah pula melonggarkan beberapa kawalan sempadan pada hari Isnin, sebagai langkah yang dapat membantu menyelamatkan industri pelancongan Eropah pada musim panas.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: