dollar-AFP

Dolar AS Terus Melemah Menjelang Data Inflasi Utama Malam Ini

Dolar AS mengalami kesukaran untuk keluar daripada zon negatif pada hari Selasa dengan indeks kini susut 0.48%, didagang sekitar 107.81 mata.

Peralihan positif yang dapat disaksikan dalam sentimen risiko tidak membenarkan dolar AS untuk terus mempertahankan momentum berbanding mata wang utama yang lain.

Hal ini kerana, pasaran semakin optimis bahawa inflasi di AS mungkin telah memuncak dan akan dibuktikan menerusi data inflasi utama, indeks harga pengguna (CPI) bulan Ogos yang akan diterbitkan oleh Biro Perangkaan Buruh AS malam ini.

Selain itu, laporan bahawa Ukraine berjaya dalam serangan balasnya ke atas Rusia turut mendorong perubahan keinginan risiko pada hari ini.

Setiausaha Negara AS Antony Blinken awal pagi tadi berkata bahawa tentera Ukraine telah mencapai “kemajuan yang ketara” dan menjelaskan bahawa Rusia berisiko atau sepatutnya menghentikan perang memandangkan kos yang perlu mereka tanggung.

Perubahan sentimen ini juga mendorong peningkatan niaga hadapan indeks saham AS antara 0.4% dan 0.5%, sekali gus memberi isyarat bahawa indeks utama Wall Street masih mampu naik lebih tinggi selepas mencatat peningkatan lebih daripada 1% pada hari Isnin lalu.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *