dolar-euro-ukraine

Dolar AS Uji Paras Tertinggi 20 Tahun Sebelum Berundur, Euro Kembali Mengukuh

Dolar AS kembali menguji paras tertinggi 20 tahun, didorong oleh isyarat daripada Pengerusi Fed Jerome Powell bahawa kadar faedah akan dikekalkan lebih lama bagi menurunkan inflasi.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam mata wang yang lain menjejak paras 109.48 mata sebelum berundur di sesi dagangan AS susulan pengukuhan euro.

Euro melonjak lebih 0.50% berbanding dolar AS untuk berada di atas 1.0 selepas ulasan hawksih ECB meningkatkan lagi jangkaan untuk kejutan ‘rate hike’ pada September.

Selain itu, euro juga mungkin disokong oleh komen oleh Menteri Ekonomi Jerman Robert Habeck bahawa beliau melihat harga gas akan jatuh tidak lama lagi, dengan Jerman merekodkan perkembangan positif untuk mencapai sasaran simpanannya.

Powell memberitahu persidangan bank pusat Jackson Hole di Wyoming pada hari Jumaat bahawa Fed akan menaikkan kadar setinggi yang diperlukan untuk menyekat pertumbuhan.

Beliau juga berkata kadar itu akan mengekalkannya “untuk beberapa waktu” bagi menurunkan inflasi yang kini telah mencecah tiga kali ganda lebih tinggi daripada sasaran bank pusat.

“Kenyataan Powell itu menyokong penetapan harga kadar faedah Fed yang lebih tinggi untuk tempoh yang lebih lama,” kata Kenneth Broux, pakar strategi mata wang di Societe Generale.

“Andaian bahawa Fed akan mula mengurangkan kadar pada pertengahan 2023 adalah pramatang,” jelasnya.

Pasaran wang tealh meningkatkan pertaruhan untuk kenaikan kadar Fed yang lebih agresif pada bulan hadapan, dengan peluang kenaikan 75 mata asas kini berada sekitar 70 peratus.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *