Dolar AS & Wall Street Melabung Tinggi Dengan Harapan Penemuan Vaksin Covid-19

Dolar AS & Wall Street Melabung Tinggi Dengan Harapan Penemuan Vaksin Covid-19

Pasaran kewangan memulakan dagangan dengan nada yang positif didorong oleh kemenangan Joe Biden dalam pilihan raya AS baru-baru ini. Mood pasaran

Pasaran kewangan memulakan dagangan dengan nada yang positif didorong oleh kemenangan Joe Biden dalam pilihan raya AS baru-baru ini.

Mood pasaran juga semakin pulih apabila syarikat farmaseutikal Pfizer melaporkan vaksin milik mereka telah menunjukkan keberkesanan lebih dari 90% dalam mencegah COVID-19.

Di samping itu, hasil pemerhatian Pfizer juga menunjukkan tiada masalah keselamatan yang serius dalam penggunaan vaksin ini.

Laporan tersebut telah mendorong Wall Street mencatat rekod pembukaan tertinggi dan mengekalkan nada yang positif sepanjang sesi pasaran AS yang lalu.

Senario ini juga turut mendorong para pelabur melepaskan pegangan emas mereka dan meningkatkan aliran masuk dolar.

Dolar AS pada awalnya menunjukkan reaksi yang negatif terhadap laporan di atas, namun kembali melonjak dengan peningkatan hasil bon serta harapan bahawa pemulihan daripada Covid-19 mungkin dapat mengurangkan impak pakej ransangan yang terlalu besar.

Sehingga jam 7 pagi, indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain naik 0.72%, keluar dari paras terendah 92.13 kepada 92.83 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: