Dolar Berundur, Empat Isu Utama Menjadi Tumpuan

Dolar Berundur, Empat Isu Utama Menjadi Tumpuan

Pasaran saham kembali stabil sementara safe haven dolar merosot mengikuti kemajuan positif di kalangan para pembuat dasar AS untuk mendapatkan kesepa

Pasaran saham kembali stabil sementara safe haven dolar merosot mengikuti kemajuan positif di kalangan para pembuat dasar AS untuk mendapatkan kesepakatan terhadap pakej ransangan fiskal yang baru.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain susut 0.30% kepada 93.19 mata setakat jam 6.20 petang.

Speaker dewan Nancy Pelosi dan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin dilaporkan semakin merapatkan jurang perbezaan terhadap isu belanjawan fiskal terbaru.

Mengikuti perkembangan pilihan raya di AS pula, hasil tinjauan menunjukkan presiden Trump masih di belakang pencabar beliau, Joe Biden.

Selain AS, perkembangan Brexit turut menjadi perhatian. EU dan UK dilaporkan masih berhubung, namun belum memutuskan secara rasmi apakah akan meneruskan rundingan atau sebaliknya.

British memperingatkan Brussels supaya mengumumkan lebih banyak konsesi sebelum bersetuju untuk meneruskan perbincangan yang lebih mendalam.

Sementara itu, isu gelombang kedua Covid-19 pula semakin menekan sebahagian besar negara dan kawasan.

Manchester bakal berhadapan dengan sekatan pergerakan yang baru akibat lonjakan kes jangkitan Covid-19 di UK.

Wales pula dilaporkan akan mengenakan sekatan yang lebih ketat berbanding peraturan yang sedang dilaksanakan di London.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: