dollar-17-1

Dolar Kekal Berhampiran Paras Tertinggi Dua Dekad Menjelang Keputusan Dasar Fed

Dolar kekal teguh berhampiran paras tertinggi dua dekad pada hari Selasa berikutan pasaran sedang menilai data dan laporan pendapatan bagi mencari petunjuk hala tuju ekonomi menjelang keputusan kadar faedah Fed minggu ini.

Setakat jam 5.50 petang, indeks USD yang telah mencecah paras tertinggi 20 tahun sekitar 109.29 mata pada pertengahan Julai lalu kini didagang sekitar 106.80 mata dengan peningkatan intraday 0.3 peratus.

Federal Reserve dijangka mengumumkan peningkatan 75 mata asas kadar faedah untuk menangani inflasi dalam mesyuarat dasar dua hari yang akan tamat pada awal pagi Khamis waktu Malaysia.

Namun begitu, data-data ekonomi yang lebih lemah telah mendorong sebahagian pelabur menyemak semula jangkaan apakah Fed mampu untuk menghindari pengetatan dasar yang lebih agresif tanpa menjejaskan pertumbuhan.

Selain itu, laporan pendapatan Walmart yang menunjukkan keuntungan yang sedikit merosot dan mendatar pada suku kedua turut menekan sentimen.

Gergasi runcit dari AS itu juga menurunkan unjuran keuntungannya dan berkata bahawa inflasi telah menyebabkan pelanggan telah mengurangkan perbelanjaan bukan asas.

Sementara itu, mata wang euro pula sedikit mengukuh berbanding dolar walaupun masih berdepan ketidaktentuan dan kebuntuan terhadap isu bekalan gas dari Rusia.

Gazprom, syarikat tenaga yang disokong oleh Rusia, berkata pada hari Isnin bahawa bekalan ke negara Barat melalui saluran paip Nord Stream 1 melalui Jerman akan jatuh kepada hanya 20% daripada kapasiti sedia ada.

Pengumuman itu dibuat hanya beberapa hari selepas syarikat telah memulihkan output kepada 40% daripada kapasiti selepas penyelenggaraan berjadual telah berakhir.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *