usd-fed

Dolar Kekal Menghampiri Paras Tertinggi Mingguan Menjelang NFP, Ucapan Powell

Dolar AS kekal berhampiran paras tertinggi mingguan pada hari Rabu selepas mencatat peningkatan tiga hari berturut-turut.

Pengukuhan dolar itu dilihat sebagai persiapan pelabur menjelang komen daripada Pengerusi Fed Jerome Powell dan laporan pekerjaan bulanan penting pada akhir minggu ini.

Euro pula berlegar berhampiran paras terendah mingguan selepas bacaan harga pengguna Jerman dan Sepanyol lebih lemah daripada jangkaan, melemahkan jangkaan untuk Bank Pusat Eropah menaikkan kadar faedah.

Setakat jam 4.30 petang, indeks dolar AS, yang mengukur kekuatan greenback berbanding euro dan lima mata wang utama yang lain, susut 0.21 peratus kepada 106.59 selepas mencapai 106.9 dalam buat kali pertama sejak 23 November pada sesi dagangan Asia yang lalu.

Bacaan indeks telah merosot kepada sekitar 105.3 sebanyak dua kali sejak pertengahan bulan November, di tengah-tengah pertaruhan Fed memperlahankan kenaikan kadar yang agresif selepas inflasi menunjukkan isyarat semakin menghampiri kemuncak.

Pasaran kini meletakkan 63.5 peratus kemungkinan bahawa Fed akan memperlahankan kenaikan kadar sebanyak 50 mata asas pada 14 Disember ini.

Sementara 36.5 peratus lagi menjangkakan bahawa Fed akan meneruskan peningkatan yang agresif sebanyak 75 mata asas.

Bagaimanapun, para penggubal dasar Fed baru-baru ini menolak jangkaan berlakunya perubahan pada pendirian bank pusat.

Presiden Fed New York John Williams pada hari Isnin berkata bank pusat perlu terus menaikkan kadar dengan agresif dan Presiden Fed St. Louis James Bullard pula berkata masih ada “satu ruang” untuk mengetatkan dasar.

“Kami menjangkakan Powell akan berbincang mengenai keperluan untuk mengetatkan dasar yang akan mengakibatkan pasaran menilai semula prospek ekonomi global dan seterusnya mendorong peningkatan USD,” kata pakar strategi di Commonwealth Bank of Australia, Carol Kong dalam nota kepada pelanggan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *