Dolar Meningkat Di Tengah-tengah Kebimbangan Terhadap Inflasi

Dolar Meningkat Di Tengah-tengah Kebimbangan Terhadap Inflasi

Dolar AS memulakan dagangan pada minggu ini dengan sedikit peningkatan, dipandu oleh ketidaktentuan mengenai inflasi di AS dan tindakan keras China k

Dolar AS memulakan dagangan pada minggu ini dengan sedikit peningkatan, dipandu oleh ketidaktentuan mengenai inflasi di AS dan tindakan keras China ke atas industri teknologi.

Ketidaktentuan inflasi di AS terus menguasai sentimen selepas data pada Jumaat lalu menunjukkan peningkatan yang agak tinggi terhadap harga pengeluar AS di samping menantikan data harga pengguna pada Selasa ini.

Selain data inflasi, statistik jualan runcit dan sentimen pengguna juga menjadi tumpuan pada minggu ini.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam mata wang utama yang lain naik 0.2% kepada 92.77 mata.

Di China, pihak berkuasa dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menutup Alipay, salah satu syarikat pembayaran terbesar yang dilihat sebagai salah satu usaha Beijing untuk mengekang kekuatan syarikat teknologi besar, sekali gus melemahkan sentimen.

Melihat kepada perkembangan bank pusat di AS, para penggubal dasar Fed secara rasmi dalam mod “blackout” menjelang keputusan dasar minggu hadapan.

Para penganalisis menjangkakan bahawa Fed tidak akan mengurangkan skim pembelian bon mereka pada bulan ini, namun tetap berpandangan bank pusat akan mula melaksanakannya pada akhir tahun ini.

Rancangan belanjawan infrastruktur AS pula masih di awang-awangan berikutan Demokrat berbelah bahagi antara menaikkan cukai korporat atau menolak perbelanjaan bernilai AS$3.5 trilion itu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: