Dolar Stabil & Persepsi Pelabur Terhadap ‘Rate Hike’ Fed Kekal

Dolar Stabil & Persepsi Pelabur Terhadap ‘Rate Hike’ Fed Kekal

Dollar stabil di sesi dagangan Asia hari Isnin dengan pasaran Tokyo masih di tutup sempena sambutan 'Coming-of-age Day'. Indeks USD yang mengukur k

Dollar stabil di sesi dagangan Asia hari Isnin dengan pasaran Tokyo masih di tutup sempena sambutan ‘Coming-of-age Day’.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain naik 0.02% kepada 91.78

Pada minggu lalu, dolar kembali pulih sebelum penutupan sesi dagangan hari Jumaat berikutan laporan NFP bulan Disember yang mengecewakan. Ekonomi AS berjaya menghasilkan 148 ribu pekerjaan pada bulan Disember, jauh lebih rendah berbanding jangkaan yang melihat peningkatan sebanyak 190 ribu, sementara kadar pengangguran pula kekal di paras 4.1%

Selain itu, data NFP bagi bulan Oktober dan November turut dikaji semula dan menunjukkan penuruan sebanyak 9,000 pekerjaan berbanding laporan yang dikeluarkan sebelum ini.

Pertumbuhan pendapatan pula naik 2.5% pada bulan Disember dalam unjuran tahun ke tahun, manakala kajian semula bulan November sedikit menyusut ke paras 2.4% berbanding 2.5%.

Dolar jatuh ke paras terendah harian selepas data-data bercampur hari Jumaat, namun berjaya keluar semula daripada paras teresebut di akhir sesi dangangan. Hal ini didorong oleh peningkatan dalam pertumbuhan pendapatan berjaya mengalih perhatian para pelabur daripada kelemahan jumlah pekerjaan yang dihasilkan melalui laporan NFP.

Data NFP yang dikeluarkan Jumaat lalu dilihat tidak akan mengubah persepsi para pelabur terhadap rate hike Federal Reserve pada pertemuan bulan Mac nanti.

Para pegawai Fed telah mengekalkan dot plot kadar faedah mereka, melihat 3 kali rate hike pada tahun ini dan 2 kali pada 2019. Kadar faedah yang tinggi kebiasaannya akan mengukuhkan kedudukan dolar, menarik perhatian para pelabur yang menginginkan pulangan pelaburan yang tinggi.

Berikut merupakan perubahan dolar berbanding matawang lain setakat jam 12.30 tengahhari:

Walau bagaimanapun, secara keseluruhan dollar masih ditekan sepanjang minggu lalu didorong oleh kadar pengetatan dasar kewangan di luar Amerika yang semakin rancak sehingga dapat mengurangkan jurang perbezaan antara Fed berbanding bank-bank pusat yang lain.

Pada minggu ini, para pelabur akan meneliti data-data inflasi serta ucapan-ucapan daripada pegawai Fed bagi mencari petunjuk kepada tempoh rate hike seterusnya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: