Dolar Terus Menghambat

Dolar Terus Menghambat

Dolar Amerika meneruskan momentum menguat berbanding majoriti mata wang dunia sejak pasaran Asia dibuka. Khamis lalu, ketika pengucapan di Jackson Hol

Dolar Amerika meneruskan momentum menguat berbanding majoriti mata wang dunia sejak pasaran Asia dibuka. Khamis lalu, ketika pengucapan di Jackson Hole, Pengerusi The Feds, Janet Yellen menggambarkan sebarang kenaikan kadar faedah adalah bergantung kepada data-data ekonomi dari Negara Uncle Sam itu. Selepas ini, data ekonomi penting adalah jumaat ini iaitu data pekerjaan bukan pertanian.

 

Kekuatan dolar ini juga disebabkan beberapa komen ahli bank pusat dari Amerika yang memberikan harapan demi harapan untuk sekurang-kurangnya minima satu lagi kenaikan kadar faedah sebelum akhir tahun 2016.

 

Kekuatan Dolar Amerika ini dilihat signifikan berbanding YEN, Pound, dan Euro. Ketika ulasan ini ditulis USDJPY mencatat harga tertinggi 101.826 (XM mt4) serta diniagakan pada harga semasa 102.288. Manakala GBPUSD dan EURUSD diniagakan pada harga semasa 1.30600 dan 1.11660

 

Adakah dolar akan terus menguat sehingga data NFP hujung minggu ini? Nantikan ulasan PRA NFP dan jangkaan positif atau negatif data NFP menggunakan unjuran data secara kolektif beberapa jam sebelum NFP

 

Penafian: Ini hanyalah laporan pasaran pada ketika ianya ditulis dan tidak menggambarkan harga pada masa akan datang

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: