USDCAD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 18/09-22/09/2017

USDCAD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 18/09-22/09/2017

Ulasan Minggu Lalu Dengan kurangnya data ekonomi yang diterbitkan minggu lepas, USDCAD bergerak dalam julat pips yang agak ketat minggu lepas dan O

Ulasan Minggu Lalu

Dengan kurangnya data ekonomi yang diterbitkan minggu lepas, USDCAD bergerak dalam julat pips yang agak ketat minggu lepas dan OHLC W1 tercatat 1.21566, 1.22382, 1.20773, 1.21906. Secara amnya USDCAD melakukan sedikit pembetulan pasaran ke harga lebih tinggi selepas menyusut dengan banyak selepas BOC memutuskan untuk menaikkan kadar faedahnya dua minggu lepas. Kenaikan USDCAD juga dilihat terhad kerana faktor belian Dolar AS yang amat terhad kerana ke tidak tentuan geopolitik semasa.

 

Sentimen Pasaran Ringkas 18/09-22/09/2017

Agak menarik data ekonomi yang diterbitkan daripada Kanada minggu hadapan, majoriti data ekonomi yang akan diterbitkan adalah data inflasi dengan kemuncaknya adalah hari Jumaat apabila CPI m/m dan Core Retail Sales m/m. Dua data inflasi ini akan diterbitkan jam 8.30 malam waktu Malaysia. Jika sentimen positif yang dibawa kelak USDCAD dijangkakan akan terus membuat New Low 2017 terbaru.

 

Jika Beralih ke AS pula, cuma terdapat 2 data berkala ekonomi berimpak tinggi daripada AS akan diterbitkan iaitu Bulding Permits dan Unemployment Claims. Namun tumpuan sebenar bagi pelabur adalah hari penetapan kadar faedah daripada FOMC. Tidak dijangkakan akan ada perubahan kadar faedah semasa daripada FOMC. Tetapi apa yang dijangkakan menggerakkan kekuatan Dolar AS adalah sidang media pasca penetapan kadar faedah itu. Ini sangat getir kerana dalam sentimen jualan Dolar AS yang begitu hebat sekarang, nada ucapan Feds Chair Yellen akan sentiasa diperhatikan. Sentimen Yellen ini dijangka penentu kekuatan Dolar sehingga mesyuarat akan datang.

 

Risiko Pasaran

Ketidaktentuan geopolitik yang dicetuskan Korea Utara masih lagi belum reda sepenuhnya dan masih lagi beleh mencetuskan suasana panik dalam pasaran. Harus sentiasa diperhatikan harga minyak dunia jika anda peminat setia USDCAD kerana harga minyak dunia banyak mempengaruhi pergerakan USDCAD

 

Teknikal Ringkas 18/09-22/09/2017

Jika RBS 1.2060 dipecahkan minggu hadapan, USDCAD akan terus turun menuju 1.19195. manakala RBS terhampir adalah 1.21330. Andai kata sentimen FOMC nanti positif buat Dolar AS, SBR terhampir untuk diuji oleh USDCAD adalah 1.22413, 1.23345, dan 1.24130. Trend semasa bagi USDCAD secara teknikal dan fundamental adalah Bearish, dan sebarang kenaikan adalah bersifat pembetulan pasaran bagi turun lebih jauh. MA8 & MA21 di D1 menunjukkan momentum jualan USDCAD adalah kuat dan nyata.

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: