Dolar VS Loonie: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 26-30 Disember 2016

Dolar VS Loonie: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 26-30 Disember 2016

Dengan data OHLC 1.33307, 1.35556, 1.33165, 1.35356, Loonie ditutup lemah berbanding Greenback. Sejak Federal Reserve Open Market Committee FOMC menai

Dengan data OHLC 1.33307, 1.35556, 1.33165, 1.35356, Loonie ditutup lemah berbanding Greenback. Sejak Federal Reserve Open Market Committee FOMC menaikkan kadar faedah USDCAD terus naik walaupun harga minyak mula stabil di paras melebihi 50 dolar setong.

 

Penyusutan Dolar Kanada minggu lalau banyak disumbangkan belian Greenback pasca kenaikan kadar faedah daripada US. Data berkala makroekonomi yang tidak menyebelahi Loonie juga menambahkan momentum jualan Loonie di akhir minggu lepas. CPI m/m, Core CPI m/m, dan GDP m/m tersasar daripada jangkaan. Cuma Core Retail Sales m/m  sahaja yang mencatat bacaan baik dengan musim cuti Krismas membantu data jualan runcit itu. Data jualan ini masih tidak dapat membantu meredakan tekanan jualan Loonie.

 

Minggu hadapan, dengan bercutinya bank-bank di Kanada pada Isnin dan Selasa ditambah dengan langsung tiada makroekonomi, dijangkakan tidak banyak pergerakan yang akan berlaku pada harga USDCAD. Namun CB Consumer Confidence pada Selasa jam 11 malam, Unemployment Claims jam 9.30 malam hari Khamis daripada US juga perlu diambil perhatian.

 

Secara teknikal, jika harga minyak terus meningkat, paras yang perlu diperhatikan adalah 1.34980, 1.34500, dan 1,34050. Di sebaliknya jika kekuatan Greenback berterusan, paras 1.35860, 1.3680, dan 1.36755 berkemungkinan akan diuji. Melihat trend menggunakan MA8, harga penutupan minggu lalu menunjukkan Uptrend yang dominan. RSI14 juga berada dalam kawasan belian dalam dagangan.

 

Dengan kadar kecairan dalam pasaran secara tradisi agak kurang pada bulan Disember, adalah dinasihati para pedagang berhati-hati dalam meletakkan sesuatu posisi dalam dagangan. Kecairan dalam pasaran yang agak kurang boleh menyebabkan pergerakan pips yang tidak dijangka turun naiknya secara mendadak.

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: